Dental X-Ray Kuala Lumpur

X-ray gigi, dental x-ray, CBCT dan OPG scan di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur.

X-Ray Gigi Kuala Lumpur

Pemeriksaan x-ray gigi membantu doktor gigi melihat keadaan akar gigi, tulang rahang, gigi bongsu, jangkitan tersembunyi dan masalah yang tidak dapat dilihat sepenuhnya melalui pemeriksaan biasa.

Dental x-ray seperti Periapical X-Ray (PA), OPG Scan, Lateral Cephalometry dan CBCT Scan sering digunakan untuk perancangan rawatan seperti braces, cabutan gigi, rawatan akar, implant gigi dan kes pembedahan kecil pergigian.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, kami menyediakan pemeriksaan dental x-ray untuk pesakit di Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Gombak dan sekitar Kuala Lumpur, bergantung kepada keperluan pemeriksaan dan nasihat doktor gigi.

Bila Perlu Buat X-Ray Gigi?

Dental x-ray membantu doktor gigi mengenal pasti masalah yang tidak dapat dilihat secara luaran. Pemeriksaan seperti PA, OPG dan CBCT scan sering digunakan untuk diagnosis yang lebih tepat sebelum rawatan dilakukan.

🟡 Bila Perlu X-Ray

Keadaan Yang Mungkin Memerlukan Dental X-Ray

  • Sakit gigi yang berpanjangan atau berdenyut
  • Gigi bongsu sakit atau susah tumbuh
  • Sebelum rawatan braces atau aligners
  • Pemeriksaan sebelum cabut gigi
  • Rawatan akar gigi (root canal treatment)
  • Gusi bengkak atau jangkitan tersembunyi
  • Perancangan implant gigi atau pembedahan kecil
  • Trauma pada gigi atau rahang akibat kemalangan
🔵 Kelebihan Dental X-Ray

Kelebihan Pemeriksaan X-Ray Gigi

  • Membantu diagnosis pergigian dengan lebih tepat
  • Boleh melihat keadaan akar gigi dan tulang rahang
  • Membantu mengesan jangkitan atau cyst tersembunyi
  • Penting untuk perancangan braces, implant dan surgery
  • Digital x-ray lebih cepat dan lebih jelas
  • Membantu doktor merancang rawatan yang lebih sesuai
  • Digunakan untuk pemantauan perkembangan rawatan
  • Membantu mengurangkan risiko komplikasi rawatan

👉 Nota: Jenis dental x-ray yang diperlukan bergantung kepada keadaan gigi dan pemeriksaan doktor. Tidak semua pesakit memerlukan CBCT atau panoramic scan.

Jenis X-Ray Gigi Kuala Lumpur

Jenis Dental X-Ray Yang Disediakan

Setiap jenis x-ray gigi mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada keadaan gigi, tujuan pemeriksaan dan rawatan yang dirancang oleh doktor gigi.

Periapical PA x-ray gigi untuk pemeriksaan akar gigi di Kuala Lumpur

Periapical (PA)

X-ray kecil yang fokus pada satu kawasan gigi untuk melihat akar, tulang sekeliling dan jangkitan tersembunyi.

Focused X-Ray
Panoramic OPG x-ray gigi untuk pemeriksaan keseluruhan rahang di Kuala Lumpur

Panoramic (OPG)

X-ray keseluruhan gigi dan rahang, biasa digunakan untuk wisdom tooth, braces dan pemeriksaan awal.

Full Jaw View
Lateral cephalometry x-ray untuk analisis orthodontic dan braces di Kuala Lumpur

Lateral Cephalometry

X-ray sisi kepala dan rahang yang digunakan untuk analisis orthodontic serta perancangan rawatan braces.

Braces Analysis
CBCT scan 3D dental imaging untuk implant dan surgical cases di Kuala Lumpur

CBCT Scan

3D dental imaging untuk kes yang lebih kompleks seperti implant, impacted tooth dan perancangan pembedahan kecil.

3D Imaging

Harga X-Ray Gigi Kuala Lumpur

Harga dental x-ray bergantung kepada jenis pemeriksaan yang diperlukan seperti PA, OPG, lateral cephalometry atau CBCT scan.

Periapical (PA)

X-ray untuk melihat akar gigi dan jangkitan pada kawasan tertentu.

RM60

Panoramic (OPG)

Pemeriksaan keseluruhan gigi dan rahang.

RM150

Lateral Cephalometry

Digunakan untuk analisis orthodontic dan braces.

RM150

CBCT Scan

3D dental imaging untuk implant dan surgical cases.

RM300

Kenapa Pilih Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

Lebih 30 Tahun Pengalaman
Pemeriksaan & Perancangan Teliti
Beroperasi pada hari Sabtu & Ahad
Lokasi Mudah Diakses Sekitar KL

Cawangan Klinik Kami

Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur & Selangor memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.

Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

★★★★★
SH-2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor
LEXA
Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

★★★★★
UG-11 Residensi Lexa,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
SBC
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

★★★★★
No.27-G Jalan SM2,
Sunway Batu Caves, Selangor

Serving Wangsa Maju & Surrounding Areas

Soalan Lazim X-Ray Gigi Kuala Lumpur

Jawapan ringkas tentang dental x-ray, OPG scan, CBCT scan dan pemeriksaan pergigian di Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

1. Adakah x-ray gigi selamat?

Dental x-ray menggunakan kadar radiasi yang rendah dan biasanya selamat apabila dilakukan mengikut keperluan pemeriksaan doktor gigi.

2. Apa beza PA, OPG dan CBCT scan?

PA digunakan untuk melihat satu kawasan gigi tertentu, OPG menunjukkan keseluruhan gigi dan rahang, manakala CBCT scan menghasilkan imej 3D untuk kes yang lebih kompleks seperti implant atau surgery.

3. Perlu ke buat x-ray sebelum braces?

Dalam kebanyakan kes, x-ray diperlukan sebelum rawatan braces untuk melihat kedudukan gigi, akar dan keadaan tulang rahang.

4. Berapa lama proses dental x-ray?

Kebanyakan pemeriksaan x-ray gigi hanya mengambil masa beberapa minit bergantung kepada jenis scan yang diperlukan.

5. Boleh walk in untuk buat x-ray gigi?

Walk in bergantung kepada availability slot pada hari tersebut. Anda digalakkan untuk hubungi klinik terlebih dahulu sebelum datang.

6. Di mana boleh buat x-ray gigi di Kuala Lumpur?

Anda boleh mendapatkan pemeriksaan dental x-ray di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur untuk pemeriksaan seperti PA, OPG dan CBCT scan.