Emergency Dentist Kuala Lumpur

Rawatan sakit gigi kecemasan di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur.

Klinik Gigi Kecemasan di Kuala Lumpur

Sakit gigi yang datang secara tiba-tiba boleh mengganggu tidur, makan dan aktiviti harian.

Jika anda mengalami sakit gigi berdenyut, gusi bengkak, wisdom tooth pain, gigi patah atau rasa sakit yang semakin kuat, pemeriksaan doktor gigi boleh membantu mengenal pasti punca masalah dengan lebih tepat.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, kami menyediakan rawatan pergigian kecemasan untuk pesakit di Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak dan sekitar Kuala Lumpur, dengan pemeriksaan awal sebelum rawatan yang sesuai dicadangkan.

Bila Anda Perlu Dapatkan Rawatan Pergigian Kecemasan?

Tidak semua sakit gigi perlu dicabut terus. Pemeriksaan awal membantu doktor kenal pasti punca sakit dan tentukan rawatan yang paling sesuai.

🟡 Tanda Kecemasan

Keadaan Yang Perlu Diperiksa Segera

  • Sakit gigi berdenyut sehingga sukar tidur
  • Gusi atau muka mula bengkak
  • Ada nanah, rasa berdenyut atau rasa tekanan pada gigi
  • Wisdom tooth pain sehingga sukar buka mulut
  • Gigi patah, retak atau sakit bila menggigit
  • Ubat tahan sakit biasa sudah tidak membantu
🔵 Rawatan Biasa

Rawatan Bergantung Pada Punca Sakit

  • Pemeriksaan klinikal dan X-ray pergigian jika diperlukan
  • Ubat untuk kawalan sakit, bengkak atau infection
  • Temporary filling untuk gigi berlubang atau sensitif
  • Abscess drainage jika terdapat bengkak atau nanah
  • Rawatan saraf atau emergency opening jika saraf terlibat
  • Cabutan gigi jika gigi tidak dapat diselamatkan

👉 Nota: Rawatan kecemasan tidak semestinya bermaksud gigi perlu dicabut. Doktor akan periksa dahulu sebelum mencadangkan pilihan rawatan yang sesuai.

Apa Perlu Buat Jika Sakit Gigi Tiba-Tiba?

Jika sakit gigi datang secara tiba-tiba, beberapa langkah ringkas ini boleh membantu sementara menunggu pemeriksaan doktor gigi.

Hubungi Klinik

WhatsApp atau call klinik untuk semak slot rawatan dan waktu operasi terlebih dahulu.

Ambil Ubat Jika Perlu

Ambil ubat tahan sakit mengikut arahan label sementara menunggu pemeriksaan doktor.

Jika Bengkak Semakin Teruk

Jika muka atau gusi semakin bengkak, dapatkan pemeriksaan doktor gigi secepat mungkin.

Nota: Elakkan meletakkan ubat terus pada gusi atau gigi kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada tisu mulut.
Anggaran Harga Rawatan Sakit Gigi & Kecemasan

Harga Rawatan Gigi Kecemasan Kuala Lumpur

Anggaran harga rawatan bergantung pada punca sakit, keadaan gigi dan jenis rawatan yang diperlukan selepas pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan & X-Ray

Consultation RM30 – RM50
Consultation Specialist RM80 – RM100
Periapikal X-ray (PA) RM60
Panoramic X-ray (OPG) RM150
CBCT Scan RM300
Common Emergency

Emergency Treatment

Abscess Drainage RM150
Dry Socket - In-house Patient RM80
Dry Socket - Outpatient RM150
Bleeding Control RM100
Minor Trauma Injury RM150 – RM250

Rawatan Berkaitan

Temporary Filling RM90
Normal Extraction RM90 – RM150
Difficult Extraction / Splitting RM150 – RM350
Suture RM50
Antibiotic RM30 – RM90

Kenapa Pilih Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

Lebih 30 Tahun Pengalaman
Pemeriksaan & Perancangan Teliti
Beroperasi pada hari Sabtu & Ahad
Lokasi Mudah Diakses Sekitar KL

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Klinik Gigi Kecemasan Berdekatan Di Kuala Lumpur

Semak cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah dan waktu operasi untuk rawatan sakit gigi, gusi bengkak atau masalah pergigian kecemasan. Cawangan Wangsa Maju (LEXA) turut dibuka pada hari Ahad.

Lobby Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

SH2, Jalan 10, Taman Greenwood,
68100, Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi

Isnin – Sabtu: 9:30 AM – 9:30 PM

Ahad & Public Holiday: Tutup

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Sunway Batu Caves
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

No 27G, Jalan SM2, Taman Sunway Batu Caves,
68100, Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 9:30 AM – 6:30 PM

Sabtu: 9:30 AM – 2:00 PM

Ahad & Public Holiday: Tutup

Kami Menerima Pesakit dari Kuala Lumpur & Kawasan Sekitarnya

Soalan Lazim Sakit Gigi & Rawatan Kecemasan Kuala Lumpur

Jawapan ringkas untuk masalah biasa seperti sakit gigi berdenyut, muka bengkak akibat sakit gigi, wisdom tooth pain dan rawatan pergigian kecemasan.

1.Sakit gigi berdenyut perlu cabut terus ke?

Tidak semestinya. Sesetengah gigi masih boleh diselamatkan dengan rawatan seperti rawatan akar gigi atau tampalan gigi. Doktor akan periksa dahulu sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai.

2.Jika muka sudah bengkak akibat sakit gigi, apa perlu buat?

Bengkak pada muka akibat sakit gigi boleh menjadi tanda infection pada gigi atau gusi. Jika bengkak semakin besar, sakit berdenyut atau disertai demam, anda disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor gigi secepat mungkin.

3.Sakit gigi sampai tak boleh tidur, adakah itu emergency?

Ya. Sakit gigi yang terlalu kuat sehingga mengganggu tidur biasanya menunjukkan masalah seperti saraf gigi terkena, infection atau keradangan yang memerlukan pemeriksaan doktor gigi.

4.Kenapa ubat sakit gigi tak lagi membantu?

Dalam sesetengah kes, ubat tahan sakit hanya membantu sementara tetapi tidak merawat punca sebenar seperti infection, abscess atau kerosakan saraf gigi. Pemeriksaan doktor diperlukan untuk menentukan rawatan yang sesuai.

5.Bila sakit gigi dianggap sebagai kecemasan?

Sakit gigi dianggap kecemasan jika menyebabkan susah tidur, muka atau gusi bengkak, sakit berdenyut kuat, pendarahan, gigi patah, atau susah membuka mulut.

6.Adakah wisdom tooth pain dikira emergency?

Ya, especially jika gusi belakang bengkak, susah buka mulut, sakit sampai telinga atau ada infection. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mencadangkan cabutan gigi selepas pemeriksaan dibuat.

7.Boleh walk-in untuk rawatan sakit gigi kecemasan?

Ya, walk-in bergantung pada kekosongan slot pada hari tersebut. Anda disarankan untuk hubungi klinik terlebih dahulu untuk semakan availability dan waktu operasi.

8.Adakah semua sakit gigi perlukan X-ray atau CBCT scan?

Tidak semestinya. Namun untuk kes seperti infection, sakit saraf, gigi retak, trauma atau wisdom tooth pain, doktor mungkin mencadangkan X-ray atau 3D dental scan (CBCT) untuk melihat punca masalah dengan lebih jelas.

9.Apa perlu buat sementara tunggu appointment sakit gigi?

Elakkan makanan terlalu panas atau sejuk, jangan letak ubat terus pada gusi, dan ambil ubat tahan sakit mengikut arahan label sementara menunggu pemeriksaan doktor.

10.Bengkak gusi sebab sakit gigi boleh hilang sendiri ke?

Kadang-kadang bengkak boleh berkurang sementara, tetapi punca sebenar seperti infection atau abscess mungkin masih ada. Pemeriksaan doktor gigi penting untuk elakkan sakit gigi berulang atau bengkak menjadi lebih serius.