Konsultasi & pemeriksaan gigi
Doktor akan menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan berdasarkan keadaan semasa.
Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, kami menyediakan rawatan braces di Kuala Lumpur oleh doktor gigi yang berpengalaman lebih 32 tahun. Rawatan ini disediakan untuk pesakit di Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Batu Caves serta berdekatan di Kuala Lumpur.
Rawatan braces di KL ialah rawatan ortodontik yang bertujuan untuk meluruskan gigi, membetulkan gigitan, dan memperbaiki fungsi serta penampilan senyuman. Braces bukan sekadar untuk kecantikan. Ia juga penting untuk kesihatan mulut jangka panjang.
Braces membantu membetulkan susunan gigi dan gigitan, sekaligus menyokong kesihatan mulut jangka panjang.
Braces (pendakap gigi) besi ialah rawatan ortodontik yang berkesan untuk meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan. Ia sesuai untuk kes ringan hingga kompleks serta menjadi pilihan popular kerana ketahanannya dan kos yang lebih berpatutan.
Clear aligners ialah braces (pendakap gigi) lutsinar yang hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan. Ia sesuai untuk pesakit yang mahukan rawatan lebih estetik, selesa dan mudah dibersihkan dalam kehidupan harian.
Pakej bayaran bulanan yang rendah juga disediakan untuk memudahkan pesakit.
Kes sebenar pesakit dari Kuala Lumpur
Klinik Pergigian Sharifah Aminah berpengalaman mengendalikan lebih 4,000 rawatan braces (pendakap gigi) untuk pelbagai jenis kes.
Tonton ulasan sebenar daripada pesakit yang pernah mendapatkan rawatan braces di Klinik Pergigian Sharifah Aminah.
Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, rawatan braces dilakukan secara berperingkat untuk memastikan pergerakan gigi selamat, terkawal dan konsisten.
Doktor akan menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan berdasarkan keadaan semasa.
Untuk melihat struktur akar gigi & tulang, serta membantu perancangan rawatan yang lebih tepat.
Scaling, tampalan, atau cabut gigi mungkin diperlukan bagi memastikan gusi & gigi sihat sebelum braces.
Bracket & wire dipasang mengikut pelan rawatan. Doktor akan terangkan penjagaan dan apa yang dijangka selepas pemasangan.
Biasanya setiap 4–6 minggu untuk melaras wire/elastic dan memantau pergerakan gigi.
Selepas gigi stabil pada posisi yang diingini, braces dibuka dan retainer digunakan untuk mengekalkan hasil rawatan.
EXCELLENT Based on 591 reviews Posted on Google Afiq Azamuddin Abdul AzizTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Had my scaling done at Klinik Pergigian Sharifah Aminah today and it was a really good experience. The dentist was very gentle and explained everything clearly, so I felt comfortable throughout the whole session. The staff were friendly, and the clinic was clean and well-organized. The scaling was much more comfortable than I expected, and my teeth feel so clean now! Really happy with the service and will definitely come back. Highly recommend this clinic if you’re looking for a friendly and professional dental team.Posted on Google Sharifah NajihahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. 1st time datang sini. Alhamdulillah had a wonderful experience🥰 . Thank you Dr Sharifah Maryam for the best treatment. Dr pon sgt gentle and friendly. Highly recommended untuk datang sini and buat rawatan.Posted on Google Nur SyazwaniTrustindex verifies that the original source of the review is Google. I had a consultation regarding braces here with Dr. Syarifah. Overall, the explanations were clear and easy to understand, and the doctor was also kind (but for me, saya agak takut sikit nak cakap banyak dengan doctor sebab doktor macam garang sikit kot). As for the price, I found it reasonable and affordable.Posted on Google Wan XuanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. The environment is very good and dentists very nice. Recommended!!Posted on Google Cik SitiTrustindex verifies that the original source of the review is Google. I brought my teenage daughter to this dental clinic. Initially, I wanted Dr Sharifah, but she was not available at this branch on the day of our visit. Instead, Dr Syed Kadir attended to my daughter and performed scaling, cleaning, and filling procedures. During the consultation, he clearly explained the issues, outlined the recommended treatment, and provided an estimated cost beforehand. In terms of pricing, I would say the clinic is neither the cheapest nor the most expensive. Their fees seem fair and reasonable for the quality of care provided. Dr Syed and his assistant were professional, attentive, and made us feel comfortable throughout the visit. The front desk staff was also friendly and welcoming, with a warm smile that could brighten anyone's day. The clinic was clean and well-maintained. The location is convenient, with plenty of parking available nearby. Parking costs RM2.50 for up to two hours. InsyaAllah, we will be returning for future treatments and would not hesitate to recommend this clinic to others.Posted on Google aidil hakimTrustindex verifies that the original source of the review is Google. very good servicePosted on Google Nik AnisTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Klinik sgt cantik & bersih Dentist & nurses sgt baik 🌟🌟🌟🌟🌟Posted on Google elly irdinaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Staff n doctor yang friendly, suasana yang bersih can selesa🥰Posted on Google Nur Asilah SafiahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Good service. Doctor and the assistance very nice and goodPosted on Google Nadirah AlhabshiTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Very good service
Kami telah menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang dipercayai selama lebih 32 tahun, dengan rawatan berkualiti tinggi yang menitikberatkan keselesaan pesakit serta kesihatan mulut jangka panjang. Lebih 2,400 rawatan braces telah berjaya kami buat.
Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur & Selangor memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.
Kami menyediakan pelbagai rawatan pergigian untuk penjagaan gigi dan senyuman anda.
Harga braces di Kuala Lumpur bergantung kepada jenis braces dan tahap kesukaran kes. Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah (KPSA) , harga braces konvensional bermula sekitar RM5,000, manakala clear braces / aligner bermula sekitar RM7,000. Kos sebenar akan diterangkan semasa konsultasi.
Tidak semestinya. Harga braces biasanya tidak termasuk X-ray, rawatan awal (scaling/tampalan) dan retainer, kecuali dinyatakan. Semua kos akan dijelaskan secara telus sebelum rawatan dimulakan.
Kos konsultasi braces di Klinik Pergigian Sharifah Aminah adalah sekitar RM50 – RM80, bergantung kepada pemeriksaan yang diperlukan.
Tempoh rawatan braces biasanya mengambil masa 1.5 hingga 2.5 tahun, bergantung kepada keadaan susunan gigi, gigitan dan tahap kerjasama pesakit semasa rawatan.
Kebanyakan pesakit hanya mengalami rasa tidak selesa atau ketat selama 1–3 hari pertama selepas pemasangan atau adjustment. Rasa ini adalah normal dan sementara.
Braces sesuai untuk: Kanak-kanak (kebiasaannya umur 10–14 tahun) Remaja Dewasa (tiada had umur selagi gusi dan gigi sihat) Doktor akan menilai kesesuaian melalui konsultasi awal.
Lawatan susulan biasanya dilakukan setiap 4–6 minggu bagi melaras wire atau elastik dan memantau pergerakan gigi.
Ya. KPSa tawarkan pelan deposit serendah RM 150 dan yuran bulanan yang rendah. Pelan bayaran braces boleh dibincangkan semasa konsultasi, bergantung kepada jenis braces dan pelan rawatan yang dipersetujui.
Kedua-dua metal braces dan clear braces berkesan untuk meluruskan gigi, namun pemilihan bergantung kepada keperluan dan gaya hidup pesakit. Metal braces lebih kukuh, sesuai untuk kes sederhana hingga kompleks, dan biasanya lebih menjimatkan kos. Clear braces / aligner pula lebih estetik dan kurang kelihatan, sesuai untuk pesakit yang mementingkan penampilan, namun kosnya lebih tinggi dan memerlukan disiplin pemakaian. Doktor gigi akan menilai keadaan gigi dan gigitan anda semasa konsultasi untuk mencadangkan pilihan braces yang paling sesuai.