Minor Oral Surgery Kuala Lumpur

Minor Oral Surgery Kuala Lumpur di Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Minor Oral Surgery di Kuala Lumpur | Rawatan Pembedahan Mulut Kecil

Minor Oral Surgery ialah prosedur pembedahan kecil dalam mulut untuk kes seperti gigi tertanam, cabutan pembedahan, biopsi tisu mulut dan rawatan berkaitan yang memerlukan pemeriksaan lebih teliti.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, doktor akan menilai keadaan gigi, gusi dan struktur tulang sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai. Pemeriksaan seperti Dental X-Ray atau CBCT mungkin disyorkan untuk membantu perancangan rawatan.

Kami menerima pesakit dari Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Batu Caves, Sri Rampai, Greenwood dan kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Apa Itu Minor Oral Surgery?

Minor Oral Surgery ialah prosedur pembedahan mulut kecil yang dilakukan untuk merawat masalah gigi, gusi atau tisu mulut yang tidak dapat diselesaikan melalui rawatan pergigian biasa.

Rawatan ini biasanya dilakukan menggunakan bius setempat dan boleh melibatkan prosedur seperti cabutan pembedahan, pembuangan gigi tertanam, biopsi tisu mulut dan rawatan berkaitan mengikut keadaan pesakit.

Siapa Yang Mungkin Memerlukan Minor Oral Surgery?

Minor Oral Surgery biasanya dicadangkan apabila rawatan biasa tidak mencukupi atau keadaan gigi, gusi dan tulang memerlukan prosedur yang lebih teliti.

Tanda & Keadaan

Keadaan Yang Perlu Diperiksa

  • Gigi bongsu atau gigi lain tertanam dalam gusi
  • Gigi tidak tumbuh sepenuhnya dan kerap menyebabkan sakit
  • Akar gigi patah atau tertinggal selepas cabutan
  • Gusi bengkak berulang di kawasan gigi tertanam
  • Kesukaran membuka mulut akibat wisdom tooth pain
  • Benjolan, luka atau tisu mulut yang tidak sembuh
Jenis Rawatan

Rawatan Yang Mungkin Dicadangkan

  • Surgical extraction untuk cabutan gigi yang kompleks
  • Pembuangan gigi tertanam atau impacted tooth
  • Oral biopsy untuk pemeriksaan tisu mulut
  • Bone alveoplasty untuk membentuk semula tulang rahang
  • Exposure of impacted tooth untuk rawatan ortodontik
  • Suturing selepas prosedur jika diperlukan
Jenis Rawatan Minor Oral Surgery Kuala Lumpur

Jenis Rawatan Minor Oral Surgery Yang Disediakan

Setiap rawatan bergantung kepada keadaan gigi, kedudukan akar, tulang dan pemeriksaan doktor sebelum prosedur dijalankan.

Surgical Removal Embedded Teeth Kuala Lumpur

Surgical Removal – Embedded Teeth

Pembuangan gigi yang tertanam sebahagian dalam gusi dan tidak sesuai dicabut menggunakan kaedah biasa.

Embedded Tooth
Surgical Removal Impacted Teeth Kuala Lumpur

Surgical Removal – Impacted Teeth

Rawatan untuk gigi yang terhalang oleh tulang atau gigi bersebelahan sehingga tidak tumbuh dengan sempurna.

Impacted Tooth
Wisdom Teeth Surgery Kuala Lumpur

Wisdom Teeth Surgery

Pembedahan gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan sempurna atau menyebabkan sakit, bengkak dan jangkitan.

Wisdom Tooth
Oral Biopsy Kuala Lumpur

Oral Biopsy

Pengambilan sampel tisu mulut untuk pemeriksaan lanjut bagi luka, benjolan atau perubahan tisu.

Tissue Examination
Bone Alveoplasty Kuala Lumpur

Bone Alveoplasty

Prosedur membentuk semula tulang rahang untuk persediaan rawatan prostetik atau gigi palsu.

Bone Contouring

Prosedur Rawatan Minor Oral Surgery

Setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan terlebih dahulu supaya doktor dapat merancang prosedur yang sesuai dan selamat untuk keadaan pesakit.

1

Pemeriksaan Pergigian

Doktor akan menilai keadaan gigi, gusi, tisu mulut dan kawasan yang memerlukan rawatan.

2

X-Ray atau CBCT

Pemeriksaan Dental X-Ray atau CBCT mungkin disyorkan untuk melihat kedudukan akar, tulang dan struktur penting.

3

Perancangan Rawatan

Doktor akan menerangkan pilihan rawatan, tahap kesukaran, risiko berkaitan dan anggaran tempoh pemulihan.

4

Prosedur & Penjagaan Selepas Rawatan

Rawatan dilakukan menggunakan bius setempat, diikuti arahan penjagaan selepas rawatan dan ubat jika diperlukan.

Kenapa Pilih Klinik Pergigian Sharifah Aminah di Kuala Lumpur

Kenapa Pilih KPSA Untuk Minor Oral Surgery?

Kami menyediakan pemeriksaan dan rawatan pembedahan mulut kecil dengan pendekatan yang teliti, selesa dan berpandukan keadaan setiap pesakit.

Sejak 1994

Berpengalaman membantu pesakit dari Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

X-Ray & CBCT

Pemeriksaan radiograf membantu doktor menilai kedudukan gigi, akar dan tulang.

Perancangan Teliti

Rawatan dirancang berdasarkan diagnosis, tahap kesukaran dan keperluan pesakit.

Gentle Approach

Sesuai untuk pesakit yang risau, takut atau pertama kali menjalani prosedur pembedahan kecil.

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Cawangan Klinik Kami

Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur & Selangor memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.

Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

★★★★★
SH-2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor
LEXA
Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

★★★★★
UG-11 Residensi Lexa,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
SBC
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

★★★★★
No.27-G Jalan SM2,
Sunway Batu Caves, Selangor

Soalan Lazim Minor Oral Surgery Kuala Lumpur

Berikut ialah beberapa soalan yang sering ditanya mengenai Minor Oral Surgery, cabutan pembedahan dan rawatan gigi tertanam.

1. Minor Oral Surgery sakit tak?

Kebanyakan prosedur Minor Oral Surgery dilakukan menggunakan bius setempat untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa semasa rawatan. Selepas rawatan, sedikit bengkak atau rasa tidak selesa mungkin berlaku bergantung kepada jenis prosedur.

2. Apa beza cabutan biasa dan surgical extraction?

Cabutan biasa dilakukan apabila gigi boleh dicabut secara terus. Surgical extraction pula mungkin diperlukan apabila gigi tertanam, patah, sukar dicapai atau memerlukan prosedur tambahan.

3. Adakah semua gigi bongsu perlu dibuang?

Tidak semestinya. Doktor akan menilai kedudukan gigi bongsu melalui pemeriksaan klinikal dan X-Ray sebelum menentukan sama ada rawatan diperlukan atau tidak.

4. Adakah saya perlu membuat Dental X-Ray atau CBCT sebelum rawatan?

Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mencadangkan Dental X-Ray atau CBCT untuk melihat kedudukan akar, tulang dan struktur penting sebelum prosedur dijalankan.

5. Berapa lama tempoh pemulihan selepas Minor Oral Surgery?

Tempoh pemulihan bergantung kepada jenis prosedur dan keadaan pesakit. Kebanyakan pesakit boleh kembali menjalankan aktiviti harian dalam beberapa hari dengan penjagaan yang betul.

6. Bolehkah Minor Oral Surgery dilakukan pada hari yang sama?

Ia bergantung kepada diagnosis, tahap kesukaran kes dan keperluan pemeriksaan tambahan. Untuk sesetengah kes, rawatan mungkin boleh dilakukan pada hari yang sama selepas pemeriksaan doktor.