Family & Kids Dentistry Kuala Lumpur

Family and kids dentistry Kuala Lumpur di Klinik Pergigian Sharifah Aminah untuk rawatan gigi keluarga dan kanak-kanak.

Family & Kids Dentistry Kuala Lumpur | Klinik Gigi Keluarga & Kanak-Kanak

Family & Kids Dentistry ialah rawatan pergigian yang sesuai untuk semua peringkat umur — daripada kanak-kanak kecil, remaja, hingga ibu bapa.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, kami menyediakan rawatan pergigian mesra keluarga dengan pendekatan yang lebih lembut, jelas dan selesa untuk anak-anak.

Kami menerima pesakit sekitar Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya.

Rawatan Pergigian Untuk Dewasa & Ibu Bapa

Selain rawatan untuk anak, ibu bapa juga boleh dapatkan rawatan pergigian lengkap di klinik yang sama—lebih mudah untuk urus temujanji seisi keluarga.

Rawatan popular untuk dewasa

  • Scaling & polishing (cuci gigi)
  • Tampalan gigi (dental filling)
  • Cabutan gigi (tooth extraction)
  • Rawatan akar gigi (root canal) – ikut kesesuaian
  • Crown & bridge – untuk gigi rosak / patah
  • Rawatan braces untuk remaja & dewasa

Kenapa lebih mudah untuk family

  • Satu klinik untuk anak, remaja & ibu bapa
  • Senang susun temujanji ikut masa keluarga
  • Doktor jelaskan pilihan rawatan dengan jelas
  • Boleh plan rawatan secara berperingkat ikut keperluan
Nota: Rawatan yang sesuai bergantung pada pemeriksaan klinikal & X-ray (jika perlu). Doktor akan terangkan cadangan rawatan sebelum sebarang prosedur dimulakan.

Rawatan Pergigian Untuk Kanak-Kanak di Kuala Lumpur

Pengalaman pertama anak di klinik gigi sangat penting. Kami gunakan pendekatan yang lembut, sabar dan menenangkan supaya anak rasa selesa sebelum rawatan bermula.

Rawatan biasa untuk anak

  • Pemeriksaan gigi berkala & saringan awal
  • Tampalan gigi (dental filling) untuk gigi berlubang
  • Rawatan gigi susu bermasalah (ikut penilaian doktor)
  • Cabutan gigi susu (bila perlu)
  • Scaling ringan untuk remaja / bila sesuai
  • Nasihat penjagaan gigi harian & diet rendah gula

Kenapa parents suka approach kami

  • Anak diberi masa untuk “warm up” sebelum rawatan
  • Doktor jelaskan langkah demi langkah dengan bahasa mudah
  • Fokus pada rawatan yang selamat & selesa untuk kanak-kanak
  • Parents faham pilihan rawatan & anggaran kos sebelum mula
Nota: Setiap kes kanak-kanak berbeza. Doktor akan menilai keadaan gigi & tahap kerjasama anak semasa konsultasi sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai.

Kenapa Ramai Keluarga Memilih Klinik Kami di Kuala Lumpur

Untuk Family & Kids Dentistry, ibu bapa biasanya mencari klinik yang selesa, jelas dari segi penerangan, dan sesuai untuk rawatan gigi kanak-kanak serta rawatan pergigian dewasa.

Satu Klinik Untuk Seisi Keluarga

Anda boleh urus check-up gigi keluarga, rawatan susulan dan penjagaan berkala untuk anak, remaja serta ibu bapa di satu tempat.

Penerangan Jelas & Mesra Parents

Doktor akan terangkan keadaan gigi, pilihan rawatan dan anggaran kos — membantu parents lebih yakin, terutama untuk rawatan gigi kanak-kanak.

Suasana Selesa & Tidak Menakutkan

Persekitaran klinik yang tenang membantu anak lebih mudah “warm up”, dan dewasa lebih selesa untuk rawatan pergigian rutin.

Fokus Pencegahan & Kesihatan Mulut

Melalui pemeriksaan berkala, scaling dan nasihat penjagaan, kami bantu keluarga jaga kesihatan gigi dan gusi untuk jangka panjang.

Cawangan Klinik Kami

Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.

Lobby Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

SH-2, Jalan 10, Taman Greenwood,
68100, Batu Caves, Selangor
Lobby Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju LEXA
Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

UG-11, Residensi Lexa, No. 45, Jalan 34/26,
Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Sunway Batu Caves
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

No. 27-G, Jalan SM2, Taman Sunway Batu Caves
68100, Batu Caves, Selangor

Merawat Pesakit Dari Kuala Lumpur & Kawasan Sekitarnya

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Soalan Lazim Klinik Gigi Kanak-Kanak & Keluarga di Kuala Lumpur

Anak disarankan dibawa ke klinik gigi seawal gigi pertama tumbuh atau sebelum usia 1 tahun. Pemeriksaan awal membantu ibu bapa memahami cara penjagaan gigi susu dengan betul serta mengesan sebarang masalah lebih awal.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, kami menerima pesakit kanak-kanak dan keluarga dari sekitar Wangsa Maju, Sri Rampai, Batu Caves dan Gombak untuk pemeriksaan berkala.

Semasa pemeriksaan, doktor akan menilai keadaan gigi, gusi dan pertumbuhan gigi anak. Pemeriksaan biasanya melibatkan:

  • Pemeriksaan visual rongga mulut

  • Pembersihan ringan (jika perlu)

  • Nasihat penjagaan gigi mengikut umur

  • Cadangan rawatan jika terdapat kaviti atau masalah lain

Pendekatan kami adalah lembut dan mesra supaya anak lebih selesa.

Perasaan takut adalah normal, terutamanya untuk lawatan pertama. Ibu bapa boleh:

  • Elakkan menakutkan anak dengan cerita negatif tentang doktor gigi

  • Bawa anak untuk pemeriksaan biasa dahulu, bukan terus rawatan

  • Datang lebih awal supaya anak boleh biasakan diri dengan suasana klinik

Di klinik kami, doktor akan terangkan setiap langkah secara perlahan untuk bantu anak rasa lebih yakin.

Secara umum, pemeriksaan gigi disarankan setiap 6 bulan. Untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi kaviti atau mempunyai masalah tertentu, doktor mungkin cadangkan lawatan lebih kerap.

Pemeriksaan berkala membantu mencegah masalah menjadi lebih serius dan mengurangkan kos rawatan jangka panjang.

Antara rawatan biasa untuk kanak-kanak termasuk:

  • Pemeriksaan dan scaling ringan

  • Tampalan gigi (jika berlubang)

  • Fluoride treatment

  • Penilaian pertumbuhan gigi dan susunan awal

Semua rawatan akan diterangkan dahulu kepada ibu bapa sebelum dilakukan.

Ya. Konsep Family & Kids Dentistry bermaksud satu klinik untuk seisi keluarga. Ibu bapa boleh mendapatkan rawatan seperti scaling, tampalan, rawatan akar, mahupun perancangan rawatan ortodontik di lokasi yang sama.

Ini memudahkan urusan temujanji dan susulan tanpa perlu ke klinik berasingan.

Klinik Pergigian Sharifah Aminah mempunyai 3 cawangan yang mudah diakses dari kawasan Wangsa Maju, Sri Rampai, Batu Caves dan Gombak.

Anda boleh memilih cawangan terdekat untuk memudahkan pemeriksaan berkala dan rawatan susulan keluarga.

Harga rawatan gigi kanak-kanak di Kuala Lumpur bergantung pada jenis rawatan yang diperlukan.

Untuk rujukan asas, konsultasi bermula sekitar RM20, tampalan gigi kanak-kanak sekitar RM80–RM100, cabutan sekitar RM50–RM80, tampalan sementara sekitar RM50, dan pulpotomy sekitar RM200 tidak termasuk bahan tampalan dan ubat. Untuk anggaran yang lebih tepat, doktor akan periksa keadaan gigi anak terlebih dahulu.