Teeth Whitening Kuala Lumpur

Rawatan teeth whitening di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur.

Teeth Whitening Kuala Lumpur

Gigi nampak kuning, kusam atau ada kesan kopi dan teh yang sukar hilang? Rawatan teeth whitening membantu mencerahkan warna gigi secara professional untuk senyuman yang lebih bersih dan lebih yakin.

Jika anda ingin senyuman yang nampak lebih cerah untuk kerja, majlis, event atau keyakinan diri, pemeriksaan doktor gigi boleh membantu menentukan pilihan whitening yang sesuai dengan keadaan gigi anda.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, kami menyediakan rawatan pemutihan gigi untuk pesakit di Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak dan sekitar Kuala Lumpur, dengan pemeriksaan awal sebelum rawatan dilakukan.

Apa Itu Teeth Whitening?

Teeth whitening ialah rawatan untuk membantu mencerahkan warna gigi dan mengurangkan kesan kekuningan pada permukaan gigi. Rawatan ini sering dipilih oleh individu yang mempunyai gigi kekuningan akibat kopi, teh, rokok atau faktor pemakanan harian.

Whitening dilakukan dengan pemeriksaan awal doktor gigi untuk membantu memastikan keadaan gigi dan gusi sesuai sebelum rawatan dijalankan.

Bila Sesuai Buat Teeth Whitening?

Rawatan whitening di Kuala Lumpur sesuai untuk pesakit yang ingin senyuman nampak lebih cerah, bersih dan yakin — tetapi pemeriksaan awal tetap penting untuk pastikan keadaan gigi dan gusi sesuai.

🟡 Bila Sesuai

Keadaan Yang Sesuai Untuk Whitening

  • Gigi nampak kuning atau kusam
  • Ada kesan kopi, teh atau minuman berwarna
  • Kesan rokok pada permukaan gigi
  • Ingin senyuman lebih cerah sebelum majlis atau event
  • Dah buat scaling tetapi warna gigi masih nampak kusam
  • Mahu tingkatkan keyakinan ketika bercakap atau bergambar
🔵 Kelebihan Whitening

Kelebihan Rawatan Teeth Whitening

  • Membantu mencerahkan warna gigi semula jadi
  • Senyuman nampak lebih bersih dan fresh
  • Rawatan dilakukan secara professional oleh doktor gigi
  • Pilihan rawatan lebih terkawal berbanding produk whitening biasa
  • Boleh disesuaikan mengikut tahap stain dan sensitiviti gigi
  • Membantu pesakit rasa lebih yakin dengan senyuman sendiri

👉 Nota: Whitening biasanya lebih berkesan pada gigi semula jadi. Crown, veneer atau filling lama mungkin tidak berubah warna selepas rawatan.

Before & After Teeth Whitening

Lihat Perubahan Selepas Rawatan Teeth Whitening

Setiap individu mempunyai tahap kekuningan gigi yang berbeza. Berikut adalah beberapa contoh hasil rawatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

Before & After Before and after rawatan teeth whitening Kuala Lumpur oleh Dr Sharifah

Senyuman Lebih Cerah

Warna gigi boleh berubah akibat kopi, teh, rokok dan pemakanan harian. Pemeriksaan doktor diperlukan sebelum rawatan dibuat.

Before & After Before and after rawatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Rawatan Teeth Whitening

Rawatan dilakukan secara professional untuk membantu mencerahkan warna gigi dan meningkatkan keyakinan senyuman.

Before & After Before and after teeth whitening oleh Dr Adam Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Pemutihan Gigi Profesional

Doktor akan menilai keadaan gigi dan kesesuaian rawatan berdasarkan situasi setiap pesakit.

Slide untuk lihat gambar lain →
Pilihan Harga Teeth Whitening

Harga Teeth Whitening Kuala Lumpur

Pilihan rawatan whitening bergantung kepada tahap stain, keadaan gigi dan hasil yang diinginkan oleh pesakit.

Popular

In-Office Whitening

RM 650

Rawatan whitening dilakukan di klinik menggunakan whitening gel professional untuk membantu mencerahkan warna gigi dengan lebih cepat.

Sesuai untuk stain ringan ke sederhana
Hasil lebih cepat
Rawatan dilakukan di klinik
Premium

Premium Whitening

RM 1300

Pilihan whitening dengan pendekatan lebih premium untuk pesakit yang mahukan hasil whitening lebih bright dan lebih ketara.

Sesuai untuk stain lebih ketara
Fokus aesthetic smile
Hasil whitening lebih menyerlah
Flexible

Take-Home Whitening Kit

RM 750 / arch

Whitening tray khas yang digunakan di rumah mengikut panduan doktor gigi. Gel whitening included.

Lebih fleksibel
Sesuai untuk maintenance whitening
Boleh digunakan secara berperingkat
Proses Rawatan

Bagaimana Proses Teeth Whitening Dilakukan?

Rawatan whitening dimulakan dengan pemeriksaan supaya doktor boleh menilai keadaan gigi, gusi dan tahap stain sebelum rawatan dicadangkan.

01

Pemeriksaan Awal

Doktor memeriksa keadaan gigi, gusi, filling, crown atau veneer sedia ada.

02

Scaling Jika Perlu

Scaling mungkin dicadangkan jika terdapat karang gigi atau stain yang tebal.

03

Rawatan Whitening

Whitening gel professional digunakan mengikut prosedur rawatan yang sesuai.

04

Nasihat Penjagaan

Pesakit diberikan panduan penjagaan untuk membantu mengekalkan hasil whitening.

Kenapa Pilih Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

Lebih 30 Tahun Pengalaman
Pemeriksaan & Perancangan Teliti
Beroperasi pada hari Sabtu & Ahad
Lokasi Mudah Diakses Sekitar KL

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Cawangan Klinik Kami

Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur & Selangor memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.

Lobby Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

SH-2, Taman Greenwood,
68100, Batu Caves, Selangor
Lobby Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju LEXA
Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

UG-11, Residensi Lexa, No. 45, Jalan 34/26,
Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Sunway Batu Caves
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

No. 27-G, Jalan SM2, Taman Sunway Batu Caves
68100, Batu Caves, Selangor

Kami Menerima Pesakit dari Kuala Lumpur & Kawasan Sekitarnya

Teeth Whitening Kuala Lumpur

Nak Gigi Nampak Lebih Cerah dan Senyuman Lebih Yakin?

Rawatan teeth whitening di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur

Dapatkan rawatan pemutihan gigi professional di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur untuk membantu mengurangkan kesan kekuningan pada gigi dengan cara yang lebih selamat dan terkawal.

WhatsApp Untuk Buat Appointment
Rawatan teeth whitening di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur

Soalan Lazim Teeth Whitening Kuala Lumpur

Jawapan ringkas tentang rawatan teeth whitening, kesesuaian rawatan, sensitiviti gigi dan penjagaan selepas pemutihan gigi.

1.Teeth whitening sakit ke?

Sesetengah pesakit mungkin rasa ngilu atau sensitif sementara selepas rawatan whitening. Pemeriksaan awal membantu doktor menilai keadaan gigi sebelum rawatan dilakukan.

2.Berapa lama hasil whitening boleh tahan?

Ketahanan hasil whitening bergantung kepada penjagaan gigi, tabiat pemakanan dan pengambilan minuman seperti kopi, teh atau minuman berwarna.

3.Semua orang sesuai buat teeth whitening?

Tidak semestinya. Pesakit dengan masalah gusi, gigi sensitif yang kuat, karies aktif atau tampalan tertentu perlu diperiksa dahulu sebelum rawatan whitening dicadangkan.

4.Whitening boleh putihkan crown, veneer atau filling?

Whitening biasanya lebih berkesan pada gigi semula jadi. Crown, veneer atau filling lama mungkin tidak berubah warna selepas rawatan. Jika warna crown atau veneer tidak sekata, doktor mungkin akan cadangkan pilihan estetik lain seperti crown atau bridge.

5.Perlu scaling sebelum whitening?

Dalam banyak keadaan, scaling gigi boleh membantu membersihkan karang gigi dan stain tebal sebelum whitening untuk hasil yang lebih sekata.

6.Apa beza whitening di klinik dan take-home whitening kit?

Whitening di klinik biasanya sesuai untuk pesakit yang mahukan hasil lebih cepat, manakala take-home whitening kit lebih fleksibel dan digunakan secara berperingkat mengikut panduan doktor gigi.

7.Gigi berlubang boleh terus buat whitening?

Jika ada gigi berlubang atau sensitif, doktor biasanya akan periksa dahulu dan mungkin mencadangkan tampalan gigi sebelum whitening dilakukan.

8.Di mana boleh buat teeth whitening di Kuala Lumpur?

Anda boleh dapatkan pemeriksaan dan rawatan teeth whitening di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Kuala Lumpur, dengan cawangan di Wangsa Maju, Greenwood dan Sunway Batu Caves.