Klinik Panel · Cawangan Wangsa Maju

Klinik Gigi Panel di Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah di Residensi Lexa, Wangsa Maju menerima kad panel PMCare, EMAS dan ASP. WhatsApp kami dahulu untuk semak kelayakan rawatan sebelum datang.

Klinik gigi panel Wangsa Maju, Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Panel diterima

PMCare
EMAS
ASP
Panel Pergigian

Panel Yang Diterima di Cawangan Wangsa Maju

Tiga panel ini diterima di cawangan Wangsa Maju. Skop rawatan dan had tahunan bergantung kepada pelan majikan atau syarikat insurans anda.

PMCare

Antara panel korporat paling biasa untuk pekerja syarikat swasta.

Diterima

EMAS

Kini di bawah pengurusan PMCare. Bawa kad EMAS anda seperti biasa.

Diterima

ASP

Panel manfaat perubatan untuk pekerja syarikat yang berdaftar dengan ASP.

Diterima
Panduan Pesakit

Cara Guna Kad Panel di Klinik Kami

Tiga langkah mudah supaya urusan di kaunter lebih cepat.

LANGKAH 01

Maklumkan penggunaan panel

Maklumkan kepada staf klinik jika anda ingin menggunakan manfaat panel. Staf kaunter juga akan bertanya sama ada anda ingin membuat bayaran sendiri atau menggunakan panel syarikat.

LANGKAH 02

Semakan kelayakan & had panel

Berikan nama syarikat dan nombor IC apabila diminta oleh staf kaunter. Pihak klinik akan membantu menyemak kelayakan, rawatan yang dilindungi serta baki had manfaat panel anda.

LANGKAH 03

Rawatan & pengesahan

Doktor akan memeriksa dan menerangkan rawatan. Jika had tidak mencukupi atau rawatan tidak dilindungi, kami maklumkan baki yang perlu dibayar sebelum diteruskan.

Perlindungan Rawatan

Rawatan Yang Biasanya Dilindungi Panel

Setiap pelan berbeza. Senarai di bawah ialah panduan umum, bukan jaminan perlindungan.

Kepastian perlindungan hanya boleh dibuat selepas semakan dengan penyedia panel. Untuk rawatan di luar had, rujuk senarai harga rawatan kami.

Ahli keluarga tiada panel?

Tiada masalah. Pasangan dan anak-anak boleh dirawat sebagai pesakit biasa pada lawatan yang sama.

Harga rawatan kami dipaparkan secara terbuka di halaman harga rawatan gigi , jadi anda tahu anggaran kos lebih awal.

Ada baki manfaat gigi tahun ini?

Banyak pelan manfaat pergigian syarikat dikira mengikut tahun pelan, dan baki yang tidak digunakan biasanya tidak dibawa ke tahun berikutnya.

Semak dengan HR atau penyedia panel anda, kemudian WhatsApp kami untuk temujanji pemeriksaan dan scaling.

Lawati Kami

Lokasi & Waktu Operasi

Mudah diakses dari Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Taman Melati dan kawasan berdekatan.

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju

  • UG-11, Residensi Lexa, No. 45, Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
  • Telefon & WhatsApp: 019-791 9117
  • Waktu operasi:
Isnin – Khamis 10:00 pagi – 1:30 ptg
3:00 ptg – 8:00 mlm
Jumaat 10:00 pagi – 1:00 ptg
3:00 ptg – 8:00 mlm
Sabtu 10:00 pagi – 3:00 ptg
Ahad 11:00 pagi – 4:00 ptg

Lebih lanjut tentang cawangan ini di halaman Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju .

Semak Kelayakan Panel Anda Sebelum Datang

WhatsApp kami dahulu untuk semakan panel, kelayakan rawatan dan urusan temujanji.

Soalan Lazim

Soalan Lazim Panel di Wangsa Maju

Soalan yang sering ditanya oleh pemegang kad panel sebelum datang ke klinik.

1. Panel apa yang diterima di cawangan Wangsa Maju?

Cawangan Wangsa Maju menerima panel PMCare, EMAS dan ASP. EMAS kini diuruskan di bawah PMCare. Kelayakan rawatan dan had perlindungan bergantung kepada pelan manfaat yang disediakan oleh majikan atau syarikat anda.

Panel ini tidak diterima di cawangan Wangsa Maju. Anda boleh mendapatkan rawatan di cawangan Greenwood kami yang menerima kesemua enam panel, termasuk MiCare, Health Connect dan MEDKAD.

Kaedah pembayaran bergantung kepada pelan manfaat syarikat anda. Secara umum, terdapat dua kaedah:

  • Cashless: Kos rawatan yang diluluskan ditanggung melalui panel, tertakluk kepada kelayakan dan had perlindungan.
  • Bayar dahulu, claim kemudian: Pesakit membuat bayaran di klinik dan pihak klinik akan mengeluarkan resit. Pesakit kemudiannya perlu mengemukakan resit tersebut sendiri kepada majikan atau penyedia panel untuk tuntutan.

Pihak klinik tidak menguruskan tuntutan reimbursement bagi pihak pesakit. Kelulusan tuntutan adalah tertakluk kepada syarat pelan masing-masing.

Maklumkan kepada staf kaunter jika anda ingin menggunakan manfaat panel. Staf kami juga akan bertanya sama ada anda ingin membuat bayaran sendiri atau menggunakan panel syarikat.

Jika menggunakan panel, staf akan meminta nama syarikat dan nombor IC untuk membuat semakan kelayakan, rawatan yang dilindungi serta baki had perlindungan yang tersedia.

Anda tidak perlu menghantar gambar kad panel secara automatik untuk semakan ini.

Sila bawa MyKad untuk pengesahan identiti dan maklumkan nama syarikat yang menyediakan manfaat panel anda. Staf kaunter akan membantu menyemak kelayakan menggunakan maklumat tersebut.

Jika majikan atau penyedia panel memerlukan dokumen sokongan tambahan, sila sediakan mengikut keperluan pelan anda.

Ia bergantung kepada pelan manfaat syarikat anda. Ada pelan yang turut melindungi pasangan dan anak-anak, manakala sesetengah pelan hanya melindungi pekerja sahaja.

Anda boleh menyemak kelayakan tanggungan dengan pihak HR atau mendapatkan bantuan staf klinik untuk semakan panel.

Kebanyakan pelan dikira mengikut tahun pelan dan baki yang tidak digunakan biasanya tidak dibawa ke tahun berikutnya. Tarikh pembaharuan manfaat bergantung kepada majikan atau penyedia panel anda. Sila semak dengan pihak HR untuk maklumat yang tepat.

Walk-in diterima, namun kami sarankan pesakit membuat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan slot yang sesuai dan mengurangkan waktu menunggu.

Jika anda menggunakan panel syarikat, maklumkan kepada staf supaya kelayakan serta had perlindungan boleh disemak sebelum rawatan diteruskan.