Konsultasi & pemeriksaan
Doktor menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan untuk tentukan pelan braces yang sesuai.
Rawatan braces di Greenwood untuk remaja dan dewasa yang mahu gigi lebih tersusun dan gigitan lebih selesa. Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, rawatan dirancang dahulu selepas pemeriksaan, supaya anda tahu pilihan, tempoh dan kos sebelum bermula.
Cawangan kami di Taman Greenwood mudah dicapai oleh pesakit dari Batu Caves dan kawasan berhampiran.
Braces membantu membetulkan susunan gigi dan gigitan, sekaligus menyokong kesihatan mulut jangka panjang.
Braces besi ialah rawatan ortodontik yang berkesan untuk meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan. Ia sesuai untuk kes ringan hingga kompleks serta menjadi pilihan popular kerana ketahanannya dan kos yang lebih berpatutan.
Clear aligners ialah braces lutsinar yang hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan. Ia sesuai untuk pesakit yang mahukan rawatan lebih estetik, selesa dan mudah dibersihkan dalam kehidupan harian.
Bayaran bulanan dibuat terus dengan klinik kami di Taman Greenwood, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.
Konsultasi awal diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan. Doktor akan beri sebut harga penuh sebelum rawatan bermula.
Harga yang sama di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.
Rawatan awal seperti scaling, tampalan atau cabutan dicaj berasingan. Lihat senarai harga penuh.
Kes sebenar pesakit braces dari Greenwood
Klinik Pergigian Sharifah Aminah berpengalaman mengendalikan lebih 4,000 rawatan braces (pendakap gigi) untuk pelbagai jenis kes.
Proses rawatan braces Sri Rampai dibuat secara berperingkat supaya pergerakan gigi lebih selamat, terkawal dan konsisten — dari konsultasi hingga susulan.
Doktor menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan untuk tentukan pelan braces yang sesuai.
Jika diperlukan, X-ray membantu lihat struktur akar & tulang untuk perancangan rawatan yang lebih tepat.
Rawatan awal seperti scaling atau tampalan mungkin dicadangkan supaya gusi & gigi berada dalam keadaan baik sebelum pemasangan.
Braces dipasang mengikut pelan rawatan, kemudian lawatan susulan biasanya setiap 4–6 minggu untuk adjustment dan pemantauan.
EXCELLENT
Based on 612 reviews
Posted on Google![]()
Ariqah IsmailTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor Mariam very friendly and give alots info regarding my dental. Also staff at counter mustafa is good.Posted on Google![]()
Hafiz ArifinTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good place. Good doctor.Posted on Google![]()
sophea kettyTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
sgt besttt gigi saya dh cantik❤️Posted on Google![]()
DANIA RIDZLONTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time here, and as someone who’s always been afraid of the dentist, I’m so glad my first experience made me want to come back. Thank you Dr Maryam 🤍Posted on Google![]()
Rids RashTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik dengan doktor Sharifah.sangat recommend!Posted on Google![]()
Norhayati YatiTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Firstime buat rawatan kat Klinik pergigian Sharifah Aminah... Dr sngt membantu pjuk anak untk buat tampalan.. Cuma cabutan je xbrjaya sebab anak xbrsedia... Tapi so far ok sgt2.. Klinik bersih dan wangi..inshaallah next rawatan kite brjmpa lagiPosted on Google![]()
Anis AmandaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
servis dan layanan terbaik.. tq semua 👍
Harga bermula daripada RM5,000 untuk braces besi dan RM8,000 untuk clear aligner. Kos akhir ditentukan selepas doktor memeriksa gigi dan menyediakan pelan rawatan anda. Senarai penuh boleh dilihat di halaman harga kami.
Boleh. Bayaran ansuran bermula daripada RM150 sebulan, dan kadar bulanan biasanya antara RM150 hingga RM200. Deposit permulaan ialah RM300 untuk dewasa dan RM150 untuk pesakit bawah 18 tahun. Butiran penuh ada di halaman harga.
Kebanyakan kes mengambil masa kira-kira 12 hingga 24 bulan, bergantung pada tahap kesesakan gigi dan tindak balas gigi anda terhadap rawatan. Doktor akan beri anggaran tempoh selepas pemeriksaan.
Biasanya kira-kira sebulan sekali untuk pelarasan dan pemeriksaan. Jarak lawatan boleh berbeza mengikut kemajuan rawatan anda.
Braces sesuai untuk remaja dan dewasa. Tiada had umur yang tetap untuk dewasa. Yang penting, gigi dan gusi anda dalam keadaan sihat, dan doktor akan menilai perkara ini semasa pemeriksaan.
Bergantung pada keadaan gigi, bajet dan gaya hidup anda. Braces besi lebih terjangkau, manakala clear aligner lebih tidak ketara dan boleh ditanggalkan, tetapi memerlukan disiplin memakainya. Doktor akan terangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.
Anda mungkin rasa lenguh atau tidak selesa pada gigi selama beberapa hari selepas braces dipasang atau dilaraskan. Ini normal dan biasanya reda sendiri. Jika ketidakselesaan berpanjangan, hubungi kami untuk dapatkan nasihat.
Cawangan kami di Taman Greenwood (SH-2, Taman Greenwood). Kami buka Isnin hingga Sabtu, 9:30 pagi hingga 9:30 malam (rehat 1:00 hingga 2:30 petang) dan tutup pada hari Ahad. Untuk buat temujanji, WhatsApp kami.