Braces Batu Caves — Rawatan Pendakap Gigi untuk Remaja & Dewasa

Rawatan braces di Batu Caves untuk remaja dan dewasa yang mahu gigi lebih tersusun dan gigitan lebih selesa. Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, rawatan dirancang dahulu selepas pemeriksaan, supaya anda tahu pilihan, tempoh dan kos sebelum bermula.

Cawangan kami di Taman Sunway Batu Caves mudah dicapai oleh pesakit dari Gombak, Selayang dan kawasan berhampiran.

  • Remaja & dewasa
  • Braces besi & clear aligner
  • Bayaran ansuran
Pesakit wanita bertudung tersenyum dengan braces, rawatan braces pendakap gigi di Batu Caves

Masalah Yang Boleh Dirawat Dengan Braces

Braces membantu membetulkan susunan gigi dan gigitan, sekaligus menyokong kesihatan mulut jangka panjang.

Keadaan / masalah gigi

  • Gigi berlapis / berterabur
  • Gigi jarang atau tidak sekata
  • Overbite / underbite
  • Crossbite
  • Gigi senget yang menyukarkan pembersihan
  • Masalah rahang ringan ke sederhana

Manfaat braces

  • Membantu gigi lebih mudah dibersihkan
  • Mengurangkan risiko gigi berlubang & penyakit gusi
  • Memperbaiki fungsi mengunyah & percakapan
  • Meningkatkan keyakinan diri
Nota: Kes sesuai untuk braces akan dinilai semasa konsultasi & pemeriksaan dari doktor di klinik kami.

Jenis Braces Yang Kami Sediakan

conventional braces 2 e1767208844256

Conventional Metal Braces

Braces besi ialah rawatan ortodontik yang berkesan untuk meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan. Ia sesuai untuk kes ringan hingga kompleks serta menjadi pilihan popular kerana ketahanannya dan kos yang lebih berpatutan.

Most Popular
AdobeStock 188272287

Clear Aligners

Clear aligners ialah braces lutsinar yang hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan. Ia sesuai untuk pesakit yang mahukan rawatan lebih estetik, selesa dan mudah dibersihkan dalam kehidupan harian.

Kenapa Pilih Braces Batu Caves di Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

  • Klinik di Batu Caves yang selesa dan moden untuk pengalaman rawatan braces yang tenang
  • Rawatan braces dipantau oleh doktor gigi berpengalaman lebih 32 tahun menggunakan teknologi terkini
  • Dipercayai oleh keluarga, pelajar dan golongan bekerja di Batu Caves, Gombak, Wangsa Maju & Setapak
  • Waktu operasi fleksibel termasuk hari Ahad — sesuai untuk pesakit yang bekerja & bersekolah
  • Pendekatan rawatan beretika, telus dan fokus kepada kesihatan mulut jangka panjang pesakit

Hasil Sebelum & Selepas Rawatan Braces

Kes sebenar pesakit braces dari Batu Caves

Rawatan Braces (Pendakap Gigi) Batu Caves di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
Rawatan Braces (Pendakap Gigi) Batu Caves di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
Rawatan Braces (Pendakap Gigi) Batu Caves di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
🦷

Klinik Pergigian Sharifah Aminah berpengalaman mengendalikan lebih 4,000 rawatan braces (pendakap gigi) untuk pelbagai jenis kes.

Harga Braces & Clear Aligner di Batu Caves

Bayaran bulanan dibuat terus dengan klinik kami di Taman Sunway Batu Caves, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.

Clear Aligner (Invisible)
Bermula dari RM 8,000

Harga bergantung kepada:

  • Jenis braces (metal braces atau clear aligner)
  • Tahap kesukaran kes (susunan gigi & gigitan)
  • Tempoh rawatan (biasanya 12 – 24 bulan, ikut respon pergerakan gigi)
  • Rahang yang dirawat (atas, bawah, atau kedua-duanya)

Konsultasi awal diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan. Doktor akan beri sebut harga penuh sebelum rawatan bermula.

Harga yang sama di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

Pakej Rawatan Braces

Sesi Konsultasi RM50 – RM80
Pemasangan Braces (Atas) RM700 – RM800
Pemasangan Braces (Bawah) RM700 – RM800
Bayaran Bulanan RM150 – RM200

Kos berasingan (jika perlu)

  • X-ray Lateral CephalometryRM150
  • Study ModelRM150
  • Retainer (Essix / Hawley)RM400 – RM800
  • Fixed Retainer (setiap satu)RM100 – RM150

Rawatan awal seperti scaling, tampalan atau cabutan dicaj berasingan. Lihat senarai harga penuh.

Proses Rawatan Braces Batu Caves

Rawatan braces dibuat secara berperingkat supaya pergerakan gigi lebih selamat, terkawal dan konsisten — dari konsultasi hingga susulan.

1

Konsultasi & pemeriksaan

Doktor menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan untuk tentukan pelan braces yang sesuai.

2

X-ray & rekod gigi (jika perlu)

Jika diperlukan, X-ray membantu lihat struktur akar & tulang untuk perancangan rawatan yang lebih tepat.

3

Persediaan sebelum braces

Rawatan awal seperti scaling atau tampalan mungkin dicadangkan supaya gusi & gigi berada dalam keadaan baik sebelum pemasangan.

4

Pemasangan & susulan berkala

Braces dipasang mengikut pelan rawatan, kemudian lawatan susulan biasanya setiap 4–6 minggu untuk adjustment dan pemantauan.

TESTIMONIALS

Apa Kata Pesakit Kami

Posted on Google Google
Ariqah Ismail profile picture
Ariqah Ismail
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor Mariam very friendly and give alots info regarding my dental. Also staff at counter mustafa is good.
Posted on Google Google
Hafiz Arifin profile picture
Hafiz Arifin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good place. Good doctor.
Posted on Google Google
sophea ketty profile picture
sophea ketty
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
sgt besttt gigi saya dh cantik❤️
Posted on Google Google
DANIA RIDZLON profile picture
DANIA RIDZLON
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time here, and as someone who’s always been afraid of the dentist, I’m so glad my first experience made me want to come back. Thank you Dr Maryam 🤍
Posted on Google Google
Rids Rash profile picture
Rids Rash
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik dengan doktor Sharifah.sangat recommend!
Posted on Google Google
Norhayati Yati profile picture
Norhayati Yati
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Firstime buat rawatan kat Klinik pergigian Sharifah Aminah... Dr sngt membantu pjuk anak untk buat tampalan.. Cuma cabutan je xbrjaya sebab anak xbrsedia... Tapi so far ok sgt2.. Klinik bersih dan wangi..inshaallah next rawatan kite brjmpa lagi
Posted on Google Google
Anis Amanda profile picture
Anis Amanda
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
servis dan layanan terbaik.. tq semua 👍

Melayani Pesakit Dari Batu Caves & Kawasan Sekitarnya

Soalan Lazim (FAQ) — Braces di Batu Caves

1. Berapa harga rawatan braces di Batu Caves?

Harga bermula daripada RM5,000 untuk braces besi dan RM8,000 untuk clear aligner. Kos akhir ditentukan selepas doktor memeriksa gigi dan menyediakan pelan rawatan anda. Senarai penuh boleh dilihat di halaman harga kami.

Boleh. Bayaran ansuran bermula daripada RM150 sebulan, dan kadar bulanan biasanya antara RM150 hingga RM200. Deposit permulaan ialah RM300 untuk dewasa dan RM150 untuk pesakit bawah 18 tahun. Butiran penuh ada di halaman harga.

Kebanyakan kes mengambil masa kira-kira 12 hingga 24 bulan, bergantung pada tahap kesesakan gigi dan tindak balas gigi anda terhadap rawatan. Doktor akan beri anggaran tempoh selepas pemeriksaan.

Biasanya setiap 4 hingga 6 minggu untuk pelarasan dan pemeriksaan. Jarak lawatan boleh berbeza mengikut kemajuan rawatan anda.

Braces sesuai untuk remaja dan dewasa. Tiada had umur yang tetap untuk dewasa. Yang penting, gigi dan gusi anda dalam keadaan sihat, dan doktor akan menilai perkara ini semasa pemeriksaan.

Bergantung pada keadaan gigi, bajet dan gaya hidup anda. Braces besi lebih terjangkau, manakala clear aligner lebih tidak ketara dan boleh ditanggalkan, tetapi memerlukan disiplin memakainya. Doktor akan terangkan pilihan yang sesuai untuk kes anda.

Anda mungkin rasa lenguh atau tidak selesa pada gigi selama beberapa hari selepas braces dipasang atau dilaraskan. Ini normal dan biasanya reda sendiri. Jika ketidakselesaan berpanjangan, hubungi kami untuk dapatkan nasihat.

Cawangan kami di Taman Sunway Batu Caves (No. 27-G, Jalan SM2, Taman Sunway Batu Caves, 68100 Batu Caves). Untuk waktu operasi dan buat temujanji, WhatsApp kami.