Dental Scaling & Polishing Sri Rampai
Scaling Gigi Sri Rampai Untuk Gusi Lebih Sihat & Senyuman Lebih Bersih
Gusi mudah berdarah bila berus gigi? Mulut cepat berbau atau rasa ada karang gigi keras di celah dan belakang gigi?
Itu antara tanda anda mungkin perlukan rawatan scaling & polishing gigi.
Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah , kami menyediakan rawatan scaling gigi untuk membantu membuang karang gigi, plak dan kotoran degil yang tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi biasa.
Klinik kami menerima pesakit dari Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak dan sekitar Kuala Lumpur.
Masalah Jika Karang Gigi Dibiarkan
Apa Yang Anda Akan Nampak & Rasa?
Apa Itu Scaling & Polishing?
Scaling gigi ialah rawatan untuk membuang karang gigi (tartar) dan plak yang melekat pada permukaan gigi dan di bawah garis gusi.
Polishing gigi pula membantu melicinkan permukaan gigi dan membuang stain ringan daripada kopi, teh atau makanan berwarna.
Rawatan ini penting untuk mencegah:
Siapa Yang Sesuai Buat Scaling?
Rawatan scaling sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah gusi atau ingin menjaga kebersihan gigi secara berkala.
Proses Scaling Gigi di Klinik Sri Rampai
Setiap rawatan dimulakan dengan pemeriksaan supaya doktor boleh menilai keadaan gigi dan gusi sebelum proses pembersihan dibuat.
Pemeriksaan Gigi & Gusi
Doktor akan memeriksa tahap karang gigi, keadaan gusi dan kawasan yang memerlukan perhatian.
Scaling
Karang gigi dan plak dibersihkan menggunakan alat pergigian khas secara teliti.
Polishing
Permukaan gigi dipolish supaya terasa lebih licin, bersih dan selesa.
Nasihat Penjagaan
Doktor akan beri panduan penjagaan gigi mengikut keadaan mulut setiap pesakit.
Harga Scaling Gigi Sri Rampai
Kos rawatan scaling & polishing di Sri Rampai bergantung kepada tahap karang gigi, stain dan keadaan gusi pesakit. Berikut ialah anggaran harga rawatan di klinik kami.
Apa Kata Mereka Tentang Kami
EXCELLENT Based on 578 reviews Posted on Lum GahfookTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Doktor yang bagus mesra dan peramah, Staff pun semua baik.. doktor dan staff terangkan satu satu sampai kita faham.. Rekemen datang ke klinik pergigian sini Harga yang patutan ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 👍🏻👍🏻👍🏻…Posted on Ahmad AfiqTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Quality service, pleasant ambience and staff behaving professionallyPosted on Sofan SeftianTrustindex verifies that the original source of the review is Google. good service dr adam very kids friendly.Posted on Jefri RiyarsTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Ok layanan yang baik dan cabutan gigi dengan sempurna.Posted on Afifah ZahidTrustindex verifies that the original source of the review is Google. first time trying out this clinic!! Had a wonderful experience with Dr Maryam. Such a perfectionist dentist… she did scaling and whitening so precisely and give honest advice with their patients condition and did not hard sell!! i would come back for sure 😊😊Posted on insyihihiTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Amazing great service🌟🌟🌟Posted on Taufiq NasirTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Thank you Doc Kadir and team. Very kid friendly clinic.
Kami Menerima Pesakit dari Sri Rampai & Kawasan Sekitarnya
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)
UG-11, Residensi LEXA, No. 45 Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur
Call: 019-791 9117
Business Hours
Gigi Lebih Bersih, Nafas Lebih Segar, Senyuman Lebih Yakin
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan scaling gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah untuk membantu membuang karang gigi, plak dan kotoran yang terkumpul.
WhatsApp Untuk Buat Appointment
Servis Pergigian Lain
Kami menyediakan pelbagai rawatan pergigian untuk penjagaan gigi dan senyuman anda.
Soalan Lazim Scaling Gigi Sri Rampai
Berikut ialah beberapa soalan yang sering ditanya oleh pesakit mengenai rawatan scaling, cuci gigi profesional dan penjagaan gusi.
1. Di mana boleh buat scaling gigi di Sri Rampai?
Anda boleh mendapatkan rawatan scaling gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA). Klinik kami terletak berhampiran Sri Rampai dan menyediakan rawatan cuci gigi profesional untuk membuang karang gigi, plak dan stain dengan teknik yang selesa dan selamat.
2. Berapa harga scaling gigi di Sri Rampai?
Harga scaling gigi di Sri Rampai biasanya bermula sekitar RM120 hingga RM250, bergantung kepada tahap karang gigi, stain dan keadaan gusi. Pemeriksaan awal akan membantu menentukan jenis rawatan yang sesuai.
3. Kenapa gusi berdarah atau bau mulut walaupun gosok gigi?
Ini biasanya disebabkan oleh karang gigi dan plak yang terkumpul di celah gigi dan bawah gusi. Scaling membantu membuang punca bakteria ini dan mengurangkan masalah gusi berdarah serta bau mulut.
4. Adakah scaling gigi sakit atau ngilu?
Kebanyakan pesakit hanya rasa sedikit tidak selesa. Jika karang gigi banyak atau gusi sensitif, mungkin ada rasa ngilu sementara, tetapi doktor akan sesuaikan teknik supaya rawatan lebih selesa.
5. Berapa kerap perlu buat scaling gigi?
Scaling disarankan setiap 6 bulan sekali. Namun, pesakit di sekitar Sri Rampai yang merokok, memakai braces atau ada masalah gusi mungkin perlu lebih kerap.
6. Adakah scaling boleh putihkan gigi?
Scaling membantu membuang stain dan karang gigi, jadi gigi akan nampak lebih bersih. Namun ia bukan rawatan whitening. Jika anda nak hasil lebih putih, rawatan whitening mungkin diperlukan.
7. Perlu buat scaling walaupun gigi tidak sakit?
Ya. Banyak masalah gusi bermula tanpa rasa sakit. Scaling membantu mencegah masalah seperti gusi berdarah, bau mulut dan risiko gigi longgar jika dibiarkan lama.