Dental Scaling & Polishing Wangsa Maju

Rawatan scaling dan polishing gigi di Wangsa Maju di Klinik Pergigian Sharifah Aminah untuk membuang karang gigi dan membantu menjaga kesihatan gusi sekitar Kuala Lumpur.

Scaling Gigi Wangsa Maju Untuk Gusi Lebih Sihat & Senyuman Lebih Bersih

Gusi mudah berdarah bila berus gigi? Mulut cepat berbau atau rasa ada karang gigi keras di celah dan belakang gigi?

Itu antara tanda anda mungkin perlukan rawatan scaling & polishing gigi.

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah , kami menyediakan rawatan scaling gigi untuk membantu membuang karang gigi, plak dan kotoran degil yang tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi biasa.

Klinik kami menerima pesakit dari Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak dan sekitar Kuala Lumpur.

Kenapa Perlu Scaling?

Masalah Jika Karang Gigi Dibiarkan

!
Karang gigi tidak boleh hilang dengan berus gigi biasa
!
Plak dan bakteria boleh menyebabkan gusi berdarah
!
Kotoran terkumpul boleh menjadi punca bau mulut
!
Gusi boleh menjadi merah, bengkak atau sensitif
!
Masalah gusi yang serius boleh meningkatkan risiko gigi longgar
Selepas Scaling

Apa Yang Anda Akan Nampak & Rasa?

Gigi terasa lebih bersih dan licin
Senyuman nampak lebih kemas dan yakin
Nafas terasa lebih segar bila bercakap
Gusi nampak lebih sihat, kurang merah dan bengkak
Mulut rasa lebih ringan, selesa dan bersih

Apa Itu Scaling & Polishing?

Scaling gigi ialah rawatan untuk membuang karang gigi (tartar) dan plak yang melekat pada permukaan gigi dan di bawah garis gusi.

Polishing gigi pula membantu melicinkan permukaan gigi dan membuang stain ringan daripada kopi, teh atau makanan berwarna.

Rawatan ini penting untuk mencegah:

Penyakit gusi (gum disease)
Gusi berdarah
Bau mulut kronik
Kerosakan gigi jangka panjang
Proses scaling dan polishing gigi di Kuala Lumpur untuk buang karang gigi, plak dan stain bagi mendapatkan gusi lebih sihat dan senyuman lebih bersih di klinik pergigian profesional.

Siapa Yang Sesuai Buat Scaling?

Rawatan scaling sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah gusi atau ingin menjaga kebersihan gigi secara berkala.

Gusi mudah berdarah ketika memberus gigi
Mulut cepat berbau walaupun sudah berus gigi
Ada karang gigi kuning atau keras di belakang gigi
Gigi terasa kasar bila disentuh dengan lidah
Sudah lebih 6 bulan tidak scaling
Pemakai braces (mudah terkumpul plak)

Proses Scaling Gigi di Klinik Wangsa Maju

Setiap rawatan dimulakan dengan pemeriksaan supaya doktor boleh menilai keadaan gigi dan gusi sebelum proses pembersihan dibuat.

01

Pemeriksaan Gigi & Gusi

Doktor akan memeriksa tahap karang gigi, keadaan gusi dan kawasan yang memerlukan perhatian.

02

Scaling

Karang gigi dan plak dibersihkan menggunakan alat pergigian khas secara teliti.

03

Polishing

Permukaan gigi dipolish supaya terasa lebih licin, bersih dan selesa.

04

Nasihat Penjagaan

Doktor akan beri panduan penjagaan gigi mengikut keadaan mulut setiap pesakit.

Harga Scaling Gigi Wangsa Maju

Kos rawatan scaling & polishing bergantung kepada tahap karang gigi, stain dan keadaan gusi pesakit. Berikut ialah anggaran harga rawatan di klinik kami.

Basic Cleaning
RM120
Smile Styling (Moderate plaque)
RM150 – RM180
Nicotine / Heavy
RM200 – RM250
Nota: Harga sebenar bergantung kepada pemeriksaan doktor dan keadaan gigi setiap pesakit.

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Kami Menerima Pesakit dari Wangsa Maju & Kawasan Sekitarnya

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

UG-11, Residensi LEXA, No. 45 Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur

Call: 019-791 9117

Business Hours

Monday to Friday
10:00 AM – 8:00 PM Break: 1:30 PM – 3:00 PM
Saturday
10:00 AM – 3:00 PM
Sunday
11:00 AM – 4:00 PM
Scaling & Polishing Wangsa Maju

Gigi Lebih Bersih, Nafas Lebih Segar, Senyuman Lebih Yakin

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan scaling gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah untuk membantu membuang karang gigi, plak dan kotoran yang terkumpul.

WhatsApp Untuk Buat Appointment
Consultation for dental scaling & polishing at Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Soalan Lazim Scaling Gigi Wangsa Maju

Berikut ialah beberapa soalan yang sering ditanya oleh pesakit mengenai rawatan scaling, cuci gigi profesional dan penjagaan gusi.

1. Di mana boleh buat scaling gigi di Wangsa Maju?

Anda boleh mendapatkan rawatan scaling gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA). Kami menyediakan rawatan cuci gigi profesional untuk membuang karang gigi, plak dan stain dengan teknik yang selesa dan selamat.

2. Berapa harga scaling gigi di Wangsa Maju?

Harga scaling gigi di Wangsa Maju biasanya bermula sekitar RM120 hingga RM250, bergantung kepada tahap karang gigi, stain dan keadaan gusi. Pemeriksaan awal akan membantu menentukan jenis rawatan yang sesuai.

3. Kenapa gusi berdarah atau bau mulut walaupun gosok gigi?

Ini biasanya disebabkan oleh karang gigi dan plak yang terkumpul di celah gigi dan bawah gusi. Scaling membantu membuang punca bakteria ini dan mengurangkan masalah gusi berdarah serta bau mulut.

4. Adakah scaling gigi sakit atau ngilu?

Kebanyakan pesakit hanya rasa sedikit tidak selesa. Jika karang gigi banyak atau gusi sensitif, mungkin ada rasa ngilu sementara, tetapi doktor akan sesuaikan teknik supaya rawatan lebih selesa.

5. Berapa kerap perlu buat scaling gigi?

Scaling disarankan setiap 6 bulan sekali. Namun, pesakit di sekitar Wangsa Maju yang merokok, memakai braces atau ada masalah gusi mungkin perlu lebih kerap.

6. Adakah scaling boleh putihkan gigi?

Scaling membantu membuang stain dan karang gigi, jadi gigi akan nampak lebih bersih. Namun ia bukan rawatan whitening. Jika anda nak hasil lebih putih, rawatan whitening mungkin diperlukan.

7. Perlu buat scaling walaupun gigi tidak sakit?

Ya. Banyak masalah gusi bermula tanpa rasa sakit. Scaling membantu mencegah masalah seperti gusi berdarah, bau mulut dan risiko gigi longgar jika dibiarkan lama.