Harga Implan Gigi (Tanam Gigi) di KL 2026 — Apa Sebenarnya Anda Bayar?

Harga Implan Gigi (Tanam Gigi) di KL 2026 — Apa Sebenarnya Anda Bayar?

Berapa Harga Implan Gigi di KL? Ini Jawapan Terus

Kebanyakan artikel akan jawab soalan ni dengan “bergantung… antara RM5,000 hingga RM15,000.” Betul, tapi tak membantu anda bajet.

Jadi kami jawab terus. Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah (KPSA), harga implan gigi — atau lebih dikenali sebagai tanam gigi — adalah:

Jenis Implan Harga Per Unit (2026)
Implan gigi (titanium) RM8,500 – RM10,000
Harga di atas adalah pakej lengkap — fixture, abutment, dan crown semua termasuk. Konsultasi & penilaian kesesuaian: RM100 – RM150. Kos tambahan seperti bone graft hanya terpakai untuk sesetengah kes — lihat halaman implan gigi kami untuk maklumat lanjut.

Tanam Gigi Bukan Satu Barang — Ia 3 Komponen

Ini perkara paling penting untuk faham sebelum anda banding harga mana-mana klinik.

Satu “implan gigi” sebenarnya terdiri daripada tiga bahagian berasingan, dipasang dalam fasa berbeza:

1. Fixture (skru titanium) — “akar” gigi baru anda Tiang titanium yang ditanam ke dalam tulang rahang melalui pembedahan kecil. Dalam 3–6 bulan, tulang akan bercantum dengannya (proses osseointegration) — menjadikannya asas yang kukuh macam akar gigi asli.

2. Abutment — penyambung Komponen kecil yang menyambungkan fixture (dalam tulang) dengan crown (yang nampak). Dipasang selepas tulang siap bercantum.

3. Crown — “gigi” yang anda nampak Mahkota gigi yang direka sepadan dengan warna dan bentuk gigi asli anda. Inilah bahagian yang orang lain nampak bila anda senyum.

Bila satu klinik iklan harga implan, soalan pertama anda patut tanya: “Harga ni termasuk ketiga-tiga komponen ke?”

Tiga komponen implan gigi iaitu fixture titanium abutment dan crown dalam tulang rahang

“Tapi Saya Nampak Iklan Tanam Gigi RM3,000+…”

Kami faham — iklan macam ni memang wujud, dan ia sebab utama ramai pesakit keliru.

Selalunya, harga rendah yang diiklankan adalah untuk fixture sahaja — skru titanium tu. Belum termasuk abutment (RM1,000–RM2,000 di kebanyakan tempat) dan crown (RM2,000–RM3,500). Bila semua ditambah, jumlah akhir tak jauh beza dengan harga pakej yang telus dari awal — cuma anda tahu lambat.

Ini bukan bermakna semua iklan murah menipu — ada yang memang guna sistem implan yang lebih ekonomik. Tapi sebagai pengguna, ini soalan yang anda wajib tanya sebelum setuju:

  1. Harga ni termasuk fixture + abutment + crown?
  2. Jenama/sistem implan apa yang digunakan?
  3. Ada waranti? Berapa lama?
  4. Kalau perlu bone graft, berapa tambahan?
  5. Berapa jumlah muktamad saya akan bayar, dari mula sampai siap?

Klinik yang telus akan jawab kelima-lima soalan ni tanpa berdolak-dalik.

Kenapa Tanam Gigi Mahal? (Jawapan Jujur)

RM8,500 memang bukan sedikit. Ini yang menjadikan kosnya:

  • Bahan gred perubatan — titanium yang serasi dengan tisu badan, direka untuk kekal dalam tulang berpuluh tahun
  • Prosedur pembedahan — dilakukan doktor terlatih dengan peralatan steril lengkap, bukan prosedur rutin biasa
  • Beberapa fasa rawatan — dari penilaian, pembedahan, tempoh percantuman 3–6 bulan, hingga pemasangan crown; anda “membayar” 4–6 lawatan klinik
  • Ketepatan tinggi — kedudukan implan mesti tepat pada sudut dan kedalaman yang betul; kesilapan kecil memberi kesan jangka panjang

Dan sebab ia pelaburan sekali untuk 10–20+ tahun — berbanding gigi palsu yang perlu reline setiap 2–4 tahun dan ganti setiap 5–8 tahun. Kami dah buat perbandingan kos penuh 10 tahun dalam artikel: Gigi Palsu vs Implan — Mana Lebih Berbaloi untuk Warga Emas?

Kos Tambahan Yang MUNGKIN Perlu (Kami Bagitahu Awal)

Tak semua orang perlukan ini — tapi lebih baik tahu dari awal daripada terkejut kemudian:

Bone graft (RM1,500 – RM2,500) — jika tulang rahang anda dah menyusut (biasa berlaku jika gigi dah lama hilang atau lama bergigi palsu), tulang perlu “ditambah” dulu sebelum implan boleh ditanam.

Sinus lift (RM2,500 – RM3,000) — untuk implan di rahang atas bahagian belakang, kadangkala ruang sinus perlu dinaikkan untuk beri ruang kepada implan.

X-ray / CBCT (RM150 – RM300) — imbasan untuk penilaian tepat kedudukan tulang dan saraf sebelum pembedahan.

Study model (RM150) — model rahang untuk perancangan kes yang lebih kompleks.

Semasa konsultasi (RM100–RM150), doktor akan buat penilaian dan bagitahu jumlah penuh muktamad untuk kes anda — sebelum sebarang rawatan bermula. Tiada kejutan pada bil.

Implan Biasa vs Zirconia — Apa Beza?

Implan titanium (RM8,500 – RM10,000) — standard emas industri. Kajian berpuluh tahun, kadar kejayaan tinggi, sesuai untuk hampir semua kes.

Implan Zirconia (RM10,000 – RM15,000) — pilihan tanpa logam (seramik putih). Sesuai untuk pesakit yang alah/sensitif logam, atau kes estetik tertentu di mana gusi nipis (tiada bayang kelabu logam). Doktor akan nasihatkan sama ada ia perlu untuk kes anda — bagi kebanyakan orang, titanium standard sudah memadai.

Kenapa Buat Tanam Gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

Klinik Pergigian Sharifah Aminah cawangan Wangsa Maju
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Penjagaan gigi keluarga sejak 1994

Soalan Lazim (FAQ) — Harga Implan / Tanam Gigi

1. Implan gigi dengan tanam gigi tu benda sama ke?

Ya, sama — "tanam gigi" ialah istilah harian yang ramai gunakan, manakala "implan gigi" adalah istilah klinikal. Kedua-duanya merujuk kepada prosedur menanam tiang titanium ke dalam tulang rahang sebagai gantian akar gigi yang hilang.

2. Kenapa harga tanam gigi berbeza-beza antara klinik?

Faktor utama: jenama/sistem implan, sama ada harga merangkumi ketiga-tiga komponen (fixture, abutment, crown), pengalaman doktor, dan keperluan rawatan tambahan seperti bone graft. Sentiasa banding harga pakej lengkap, bukan harga permulaan sahaja.

3. Boleh bayar ansuran tak?

Hubungi mana-mana cawangan kami untuk berbincang tentang pilihan pembayaran — kami faham implan adalah pelaburan besar dan boleh bincangkan pelan yang sesuai dengan anda.

4. Klinik kerajaan ada buat implan lebih murah — kenapa tak pergi sana je?

Betul, kos di klinik kerajaan lebih rendah kerana subsidi. Tapi tempoh menunggu boleh mencecah 6 bulan hingga setahun, kriteria kelayakan ketat, dan pilihan bahan terhad. Jika anda layak dan tak kisah menunggu, ia pilihan yang baik. Untuk rawatan segera dengan pilihan penuh, klinik swasta adalah jawapannya.

5. Berapa lama implan gigi tahan?

Dengan penjagaan yang baik, implan boleh bertahan 10–20 tahun atau lebih. Kajian menunjukkan kadar jangka hayat sekitar 87% selepas 10 tahun — menjadikannya pelaburan paling tahan lama dalam pergigian berbanding gigi palsu atau jambatan.

6. Umur berapa sesuai untuk tanam gigi?

Dari lewat remaja (selepas tulang rahang matang) hingga warga emas 70-an ke atas. Yang penting bukan umur, tapi kesihatan tulang rahang dan kesihatan keseluruhan. Penilaian semasa konsultasi (RM100–RM150) akan tentukan kesesuaian anda. Baca juga: Gigi Palsu vs Implan — Mana Lebih Berbaloi untuk Warga Emas?