Gigi Geraham Bongsu: Perlu Dicabut atau Tidak?

Gigi Geraham Bongsu: Perlu Dicabut atau Tidak?

Gigi paling belakang mula sakit, gusi bengkak dan makanan asyik tersangkut. Ramai terus anggap gigi bongsu itu mesti dicabut. Sebenarnya, tidak semua gigi geraham bongsu perlu dicabut. Keputusan bergantung kepada kedudukan gigi, keadaan gusi dan sama ada ia menyebabkan masalah.

Apa Itu Gigi Geraham Bongsu?

Gigi geraham bongsu (wisdom tooth) ialah geraham ketiga di hujung rahang atas dan bawah. Ia biasanya tumbuh pada lewat remaja hingga awal 20-an. Ada yang mempunyai empat batang, ada yang kurang, dan ada yang tidak tumbuh langsung. Ruang di hujung rahang yang terhad membuatnya sering bermasalah. Ia boleh:

  • Tumbuh penuhdan lurus
  • Tumbuh separasebahagian masih di bawah gusi
  • Terbenam (impacted)dalam gusi atau tulang
  • Tumbuh sengetke arah gigi sebelah

Adakah Semua Gigi Bongsu Perlu Dicabut?

Tidak. Gigi bongsu yang tumbuh dengan baik, mudah dibersihkan dan tidak menyebabkan masalah biasanya cukup dipantau melalui pemeriksaan berkala. Gigi yang sudah menyebabkan masalah, atau berisiko menyebabkannya, perlu dinilai untuk dicabut. Tiada umur tetap untuk mencabutnya. Keputusan dibuat mengikut keadaan setiap pesakit.

Bila Gigi Bongsu Perlu Dicabut?

Doktor biasanya mencadangkan cabut gigi bongsu apabila:

  • Gusi berjangkit berulang. Gigi yang tumbuh separa memerangkap sisa makanan di bawah gusi.
  • Berlubang dan sukar dirawat. Gigi di hujung rahang sukar dicapai berus gigi dan sukar ditampal. Baca juga gigi retak atau patah: tampal, crown atau cabut.
  • Merosakkan gigi sebelah. Gigi yang senget boleh menolak atau merosakkan geraham di hadapannya.
  • Penyakit gusi, tulang atau kista. Dikesan melalui pemeriksaan dan X-ray.
  • Sebelum rawatan tertentu. Dalam kes tertentu, doktor mungkin mencadangkan gigi bongsu dicabut sebelum atau semasa rawatan braces.

Bila Gigi Bongsu Boleh Dikekalkan?

Gigi bongsu boleh dikekalkan dan dipantau jika ia tumbuh sepenuhnya, mudah dibersihkan, gusinya sihat dan X-ray tidak menunjukkan masalah. Ia tetap perlu diperiksa berkala.

Tanda Gigi Bongsu Bermasalah

Dapatkan pemeriksaan jika anda mengalami salah satu daripada ini:

  • Sakit di bahagian belakang rahang
  • Gusi bengkak, merah atau berdarah di sekitar gigi paling belakang
  • Bau mulut atau rasa tidak enak yang berterusan
  • Makanan kerap tersangkut di hujung rahang
  • Sukar membuka mulut sepenuhnya

Bengkak merebak ke pipi atau leher, demam, atau sukar menelan dan bernafas? Dapatkan rawatan segera di klinik atau jabatan kecemasan.

Bagaimana Doktor Menilai Gigi Bongsu?

Doktor memeriksa gigi dan gusi, kemudian biasanya meminta X-ray untuk melihat kedudukan gigi, akar dan hubungannya dengan gigi sebelah serta saraf rahang bawah. Kedudukan inilah yang menentukan sama ada cabutan agak mudah atau memerlukan pembedahan kecil. Kes rumit mungkin dirujuk kepada pakar. Doktor juga akan bertanya tentang sejarah kesihatan dan ubat yang anda ambil, kerana ia mempengaruhi perancangan rawatan.

X-ray OPG untuk menilai gigi geraham bongsu di Wangsa Maju

Apa Berlaku Semasa Cabut Gigi Bongsu?

Rawatan dibuat dengan bius setempat, jadi anda tidak sepatutnya merasa sakit. Anda mungkin merasa tekanan sahaja.

Cabutan biasa

Gigi yang sudah tumbuh penuh dicabut seperti gigi lain, kadangkala dipecahkan kepada beberapa bahagian.

Pembedahan

Gigi terbenam atau senget memerlukan hirisan kecil pada gusi, dan kadangkala sedikit tulang dibuang. Gusi kemudian dijahit.

Doktor akan menerangkan risiko sebelum bermula, seperti bengkak, dry socket, jangkitan dan kebas sementara pada bibir atau lidah.

Doktor gigi terangkan rawatan cabut gigi bongsu kepada pesakit di Wangsa Maju

Berapa Kos Cabut Gigi Bongsu?

RM850 – RM1,200 Pembedahan gigi bongsu terbenam (surgical removal, impacted)Belum termasuk X-ray (OPG RM150, periapical RM60) dan ubat jika perlu.

Kos bergantung kepada kedudukan dan kerumitan gigi. Gigi yang sudah tumbuh penuh biasanya dikira sebagai cabutan biasa atau sukar, manakala gigi terbenam dikira sebagai pembedahan. Doktor mengesahkan harga sebenar selepas pemeriksaan. Lihat senarai harga dan halaman cabut gigi.

Penjagaan Selepas Cabut Gigi Bongsu

  • Gigit kain kasa sehingga pendarahan berhenti
  • Letak kompres sejuk pada pipi pada hari pertama
  • Makan makanan lembut dan elak bahagian luka
  • Jangan berkumur kuat, menghisap straw atau merokok mengikut nasihat doktor
  • Ambil ubat hanya jika doktor beri

Bengkak dan rasa tidak selesa biasanya paling ketara dalam beberapa hari pertama, kemudian beransur reda. Hubungi klinik jika sakit bertambah selepas beberapa hari, pendarahan tidak berhenti, bengkak membesar atau anda demam.

Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Klinik Pergigian Sharifah Aminah cawangan LEXA Wangsa Maju
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Penjagaan gigi keluarga sejak 1994

Bimbang tentang gigi bongsu anda?Doktor akan periksa dan terangkan pilihan ikut keadaan mulut anda.

WhatsApp untuk pemeriksaan

Soalan Lazim Gigi Geraham Bongsu

1. Gigi bongsu perlu dicabut ke?

Tidak semestinya. Gigi bongsu yang tumbuh penuh, mudah dibersihkan dan tiada masalah biasanya hanya perlu dipantau. Doktor akan menilai melalui pemeriksaan dan X-ray.

Biasanya pada lewat remaja hingga awal 20-an, tetapi ada yang tumbuh lebih lewat atau tidak tumbuh langsung.

Rawatan dibuat dengan bius setempat, jadi anda tidak sepatutnya merasa sakit semasa prosedur. Rasa tidak selesa selepas bius hilang boleh dikawal mengikut nasihat doktor.

Dry socket berlaku apabila darah beku di soket hilang atau terganggu, menyebabkan sakit yang bertambah beberapa hari selepas cabutan. Hubungi klinik jika ini berlaku.

Bengkak dan rasa tidak selesa biasanya paling ketara dalam beberapa hari pertama, kemudian beransur reda. Tempoh sebenar berbeza mengikut kedudukan gigi dan kaedah pencabutan.

Pembedahan gigi bongsu terbenam berharga RM850 hingga RM1,200, belum termasuk X-ray dan ubat. Doktor akan mengesahkan harga selepas pemeriksaan.

Gigi bongsu yang tumbuh separa boleh menyebabkan gusi di sekelilingnya bengkak dan sakit walaupun tiada lubang. Doktor perlu memeriksa puncanya.