Konsultasi & pemeriksaan
Doktor menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan untuk tentukan pelan braces yang sesuai.
Tak perlu keluar jauh untuk pasang braces. Klinik Pergigian Sharifah Aminah terletak dalam kawasan Taman Sri Rampai sendiri, jadi lawatan adjustment setiap 4 hingga 6 minggu lebih mudah tanpa perlu redah jalan sesak.
Selain penduduk Sri Rampai dan Residensi Rampai, kami juga merawat pesakit braces dari Wangsa Maju, Setiawangsa dan Setapak. Semua cawangan ada dalam panduan braces Kuala Lumpur kami.
Braces membantu membetulkan susunan gigi dan gigitan, sekaligus menyokong kesihatan mulut jangka panjang.
Braces besi ialah rawatan ortodontik yang berkesan untuk meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan. Ia sesuai untuk kes ringan hingga kompleks serta menjadi pilihan popular kerana ketahanannya dan kos yang lebih berpatutan.
Clear aligners ialah braces lutsinar yang hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan. Ia sesuai untuk pesakit yang mahukan rawatan lebih estetik, selesa dan mudah dibersihkan dalam kehidupan harian.
Kes sebenar pesakit braces dari Sri Rampai
Klinik Pergigian Sharifah Aminah berpengalaman mengendalikan lebih 4,000 rawatan braces (pendakap gigi) untuk pelbagai jenis kes.
Bayaran bulanan dibuat terus dengan klinik kami di Residensi LEXA, Jalan 34/26, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.
Konsultasi awal diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan. Doktor akan beri sebut harga penuh sebelum rawatan bermula.
Harga yang sama di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.
Rawatan awal seperti scaling, tampalan atau cabutan dicaj berasingan. Lihat senarai harga penuh.
Proses rawatan braces Sri Rampai dibuat secara berperingkat supaya pergerakan gigi lebih selamat, terkawal dan konsisten — dari konsultasi hingga susulan.
Doktor menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan untuk tentukan pelan braces yang sesuai.
Jika diperlukan, X-ray membantu lihat struktur akar & tulang untuk perancangan rawatan yang lebih tepat.
Rawatan awal seperti scaling atau tampalan mungkin dicadangkan supaya gusi & gigi berada dalam keadaan baik sebelum pemasangan.
Braces dipasang mengikut pelan rawatan, kemudian lawatan susulan biasanya setiap 4–6 minggu untuk adjustment dan pemantauan.
EXCELLENT
Based on 612 reviews
Posted on Google![]()
Ariqah IsmailTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor Mariam very friendly and give alots info regarding my dental. Also staff at counter mustafa is good.Posted on Google![]()
Hafiz ArifinTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good place. Good doctor.Posted on Google![]()
sophea kettyTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
sgt besttt gigi saya dh cantik❤️Posted on Google![]()
DANIA RIDZLONTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time here, and as someone who’s always been afraid of the dentist, I’m so glad my first experience made me want to come back. Thank you Dr Maryam 🤍Posted on Google![]()
Rids RashTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik dengan doktor Sharifah.sangat recommend!Posted on Google![]()
Norhayati YatiTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Firstime buat rawatan kat Klinik pergigian Sharifah Aminah... Dr sngt membantu pjuk anak untk buat tampalan.. Cuma cabutan je xbrjaya sebab anak xbrsedia... Tapi so far ok sgt2.. Klinik bersih dan wangi..inshaallah next rawatan kite brjmpa lagiPosted on Google![]()
Anis AmandaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
servis dan layanan terbaik.. tq semua 👍
Soalan yang kerap ditanya oleh penduduk Sri Rampai, Residensi Rampai dan kawasan sekitar sebelum memulakan rawatan braces.
Metal braces bermula dari RM5,000 dan clear aligner bermula dari RM8,000. Harga yang sama dikenakan di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.
Harga akhir bergantung kepada jenis braces dan tahap kesukaran kes. Doktor akan beri sebut harga penuh selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Senarai harga lengkap ada di halaman harga rawatan gigi.
Boleh. Struktur bayaran braces:
Bayaran dibuat terus dengan klinik, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.
Cawangan Wangsa Maju kami terletak di UG-11, Residensi LEXA, No. 45 Jalan 34/26, dalam kawasan Taman Sri Rampai. Maklumat penuh dan arah ke klinik ada di halaman Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju.
Klinik buka pada waktu malam dan hari Ahad, jadi lebih mudah untuk pesakit yang bekerja atau bersekolah hadir lawatan adjustment braces.
Kebanyakan rawatan mengambil masa 1.5 hingga 2.5 tahun, dengan lawatan adjustment setiap 4 hingga 6 minggu. Sebab itu klinik yang dekat dengan rumah sangat membantu. Bagi penduduk Sri Rampai, klinik kami berada dalam kawasan yang sama.
Kebanyakan pesakit hanya rasa ketat atau kurang selesa selama 1 hingga 3 hari selepas pemasangan atau selepas adjustment. Rasa ini normal dan akan berkurang dengan sendirinya.
Kebanyakan rawatan braces di klinik kami dikendalikan oleh Dr Sharifah Aminah, pengasas klinik dengan pengalaman lebih 32 tahun, dan Dr Syed Abdul Kadir Al-Haddad. Doktor gigi lain di klinik kami juga mengendalikan kes braces.
Lawatan adjustment sepanjang rawatan sudah termasuk dalam harga braces. X-ray lateral cephalometry (RM150), study model (RM150) dan retainer (RM400 – RM800) dicaj berasingan, hanya jika diperlukan.
Tidak perlu. Semasa konsultasi, doktor akan terangkan sama ada metal braces atau clear aligner lebih sesuai untuk gigi anda. Jika mahu gambaran awal, baca panduan rawatan braces di Kuala Lumpur.
WhatsApp kami untuk tempah sesi konsultasi braces. Staf kami akan bantu pilih slot yang sesuai, termasuk waktu malam dan hari Ahad.