Rawatan braces di Wangsa Maju, Residensi LEXA - pesakit memakai metal braces di Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Rawatan Braces (Pendakap Gigi) & Clear Aligner di Wangsa Maju

Di cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (Residensi LEXA), rawatan braces dan clear aligner dikendalikan oleh doktor gigi berpengalaman lebih 32 tahun.

Dekat untuk pesakit dari Sri Rampai, Setapak dan Setiawangsa.

  • Lebih 4,000 rawatan braces berjaya dibuat
  • Kebanyakan kes dikendalikan oleh Dr Sharifah Aminah & Dr Kadir
  • Metal braces dari RM5,000, clear aligner dari RM8,000
  • Bayaran bulanan RM150 – RM200, tanpa faedah
UG-11, Residensi Lexa, No. 45, Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Masalah Yang Boleh Dirawat Dengan Braces

Braces membantu membetulkan susunan gigi dan gigitan, sekaligus menyokong kesihatan mulut jangka panjang.

Keadaan / masalah gigi

  • Gigi berlapis / berterabur
  • Gigi jarang atau tidak sekata
  • Overbite / underbite
  • Crossbite
  • Gigi senget yang menyukarkan pembersihan
  • Masalah rahang ringan ke sederhana

Manfaat braces

  • Membantu gigi lebih mudah dibersihkan
  • Mengurangkan risiko gigi berlubang & penyakit gusi
  • Memperbaiki fungsi mengunyah & percakapan
  • Meningkatkan keyakinan diri
Nota: Kes sesuai untuk braces akan dinilai semasa konsultasi & pemeriksaan doktor.

Jenis Braces Yang Kami Sediakan

conventional braces 2 e1767208844256

Conventional Metal Braces

Braces besi ialah rawatan ortodontik yang berkesan untuk meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan. Ia sesuai untuk kes ringan hingga kompleks serta menjadi pilihan popular kerana ketahanannya dan kos yang lebih berpatutan.

Most Popular
AdobeStock 188272287

Clear Aligners

Clear aligners ialah braces lutsinar yang hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan. Ia sesuai untuk pesakit yang mahukan rawatan lebih estetik, selesa dan mudah dibersihkan dalam kehidupan harian.

Kenapa Pilih Braces Wangsa Maju di Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

  • Klinik Wangsa Maju (LEXA) yang selesa dan moden untuk pengalaman rawatan braces yang tenang
  • Rawatan braces dipantau oleh doktor gigi berpengalaman lebih 32 tahun menggunakan teknologi terkini
  • Dipercayai oleh keluarga, pelajar dan golongan bekerja di Wangsa Maju, Sri Rampai & Setapak
  • Lokasi dekat rumah atau tempat kerja memudahkan lawatan adjustment setiap 4 – 6 minggu sepanjang rawatan

Hasil Sebelum & Selepas Rawatan Braces

Kes sebenar pesakit braces dari Wangsa Maju

Rawatan Braces (Pendakap Gigi) Wangsa Maju (LEXA) di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
Rawatan Braces (Pendakap Gigi) Wangsa Maju (LEXA) di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
Rawatan Braces (Pendakap Gigi) Wangsa Maju (LEXA) di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
🦷

Klinik Pergigian Sharifah Aminah berpengalaman mengendalikan lebih 4,000 rawatan braces (pendakap gigi) untuk pelbagai jenis kes.

Proses Rawatan Braces Wangsa Maju

Rawatan braces dibuat secara berperingkat supaya pergerakan gigi lebih selamat, terkawal dan konsisten — dari konsultasi hingga susulan.

1

Konsultasi & pemeriksaan

Doktor menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan untuk tentukan pelan braces yang sesuai.

2

X-ray & rekod gigi (jika perlu)

Jika diperlukan, X-ray membantu lihat struktur akar & tulang untuk perancangan rawatan yang lebih tepat.

3

Persediaan sebelum braces

Rawatan awal seperti scaling atau tampalan mungkin dicadangkan supaya gusi & gigi berada dalam keadaan baik sebelum pemasangan.

4

Pemasangan & susulan berkala

Braces dipasang mengikut pelan rawatan, kemudian lawatan susulan biasanya setiap 4–6 minggu untuk adjustment dan pemantauan.

Harga Braces di Wangsa Maju

Bayaran bulanan dibuat terus dengan klinik di cawangan Wangsa Maju, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.

Clear Aligner (Invisible)
Bermula dari RM 8,000

Harga bergantung kepada:

  • Jenis braces (metal braces atau clear aligner)
  • Tahap kesukaran kes (susunan gigi & gigitan)
  • Tempoh rawatan (biasanya 1.5 – 2.5 tahun, ikut respon pergerakan gigi)
  • Rahang yang dirawat (atas, bawah, atau kedua-duanya)

Konsultasi awal diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan. Doktor akan beri sebut harga penuh sebelum rawatan bermula.

Lawatan adjustment sepanjang rawatan sudah termasuk dalam harga braces.

Harga yang sama di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

Pakej Rawatan Braces

Sesi Konsultasi RM50 – RM80
Pemasangan Braces (Atas) RM700 – RM800
Pemasangan Braces (Bawah) RM700 – RM800
Bayaran Bulanan RM150 – RM200

Kos berasingan (jika perlu)

  • X-ray Lateral CephalometryRM150
  • Study ModelRM150
  • Retainer Essix (lutsinar, boleh ditanggalkan)RM400 – RM800
  • Retainer Hawley (wayar & akrilik)RM600 – RM700
  • Fixed Retainer (setiap satu)RM100 – RM150
  • Molar Band (setiap satu)RM250 – RM300
  • TPA / Bite RaisingRM650

Rawatan awal seperti scaling, tampalan atau cabutan dicaj berasingan. Lihat senarai harga penuh.

TESTIMONIALS

Apa Kata Mereka Dari Wangsa Maju

Posted on Google Google
Boon leng Kuah profile picture
Boon leng Kuah
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good very nice doktor
Posted on Google Google
Saofan mohd nor profile picture
Saofan mohd nor
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Very good service
Posted on Google Google
beh Chiayen profile picture
beh Chiayen
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
This my first time with dr Mariam . She very professional and explained well to me before proceed . Price is reasonable Recommended.
Posted on Google Google
Dinie Qistina Rajalie profile picture
Dinie Qistina Rajalie
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Great experience with the clinic. Easy to arrange for appointments, and very accommodating! Dr Kadir is very gentle with the kids - brought my daughter twice to see him. Recommended 💯
Posted on Google Google
Ariqah Ismail profile picture
Ariqah Ismail
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor Mariam very friendly and give alots info regarding my dental. Also staff at counter mustafa is good.
Posted on Google Google
Hafiz Arifin profile picture
Hafiz Arifin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good place. Good doctor.
Posted on Google Google
sophea ketty profile picture
sophea ketty
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
sgt besttt gigi saya dh cantik❤️
Posted on Google Google
DANIA RIDZLON profile picture
DANIA RIDZLON
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time here, and as someone who’s always been afraid of the dentist, I’m so glad my first experience made me want to come back. Thank you Dr Maryam 🤍

Merawat Pesakit Dari Wangsa Maju & Kawasan Sekitarnya

Soalan Lazim Braces Wangsa Maju

Soalan yang kerap ditanya oleh pesakit dari Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak dan Setiawangsa sebelum memulakan rawatan braces di cawangan kami.

1. Berapa harga braces di Wangsa Maju?

Di cawangan Wangsa Maju, metal braces bermula dari RM5,000 dan clear aligner bermula dari RM8,000. Harga yang sama dikenakan di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

Harga akhir bergantung kepada jenis braces dan tahap kesukaran kes. Doktor akan beri sebut harga penuh selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Senarai harga lengkap ada di halaman harga rawatan gigi.

2. Boleh bayar braces secara ansuran di cawangan Wangsa Maju?

Boleh. Struktur bayaran braces:

  • Sesi konsultasi: RM50 – RM80
  • Pemasangan braces atas: RM700 – RM800
  • Pemasangan braces bawah: RM700 – RM800
  • Bayaran bulanan: RM150 – RM200, dibayar semasa lawatan adjustment

Bayaran dibuat terus dengan klinik, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.

3. Di mana lokasi klinik braces di Wangsa Maju?

Cawangan kami terletak di UG-11, Residensi Lexa, No. 45, Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Maklumat penuh dan arah ke klinik ada di halaman Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju.

4. Siapa doktor yang mengendalikan rawatan braces?

Kebanyakan rawatan braces di klinik kami dikendalikan oleh Dr Sharifah Aminah, pengasas klinik dengan pengalaman lebih 32 tahun, dan Dr Syed Abdul Kadir Al-Haddad. Doktor gigi lain di klinik kami juga mengendalikan kes braces.

5. Berapa kerap perlu datang ke klinik sepanjang rawatan braces?

Lawatan adjustment biasanya setiap 4 hingga 6 minggu, sepanjang tempoh rawatan 1.5 hingga 2.5 tahun. Sebab itu lokasi klinik penting. Cawangan Wangsa Maju dekat untuk pesakit dari Sri Rampai, Setapak dan Setiawangsa.

6. Adakah harga braces termasuk X-ray dan retainer?

Lawatan adjustment sepanjang rawatan sudah termasuk dalam harga braces. X-ray lateral cephalometry (RM150), study model (RM150), retainer Essix (RM400 – RM800) atau Hawley (RM600 – RM700) dicaj berasingan, hanya jika diperlukan. Rawatan awal seperti scaling atau tampalan juga dicaj berasingan.

7. Perlukah saya faham jenis braces sebelum buat temujanji?

Tidak perlu. Semasa konsultasi, doktor akan terangkan pilihan metal braces atau clear aligner yang sesuai dengan keadaan gigi anda. Jika mahu gambaran awal, baca panduan rawatan braces di Kuala Lumpur.

8. Macam mana nak buat temujanji braces di Wangsa Maju?

WhatsApp cawangan Wangsa Maju untuk tempah sesi konsultasi braces di cawangan Wangsa Maju. Staf kami akan bantu pilih slot yang sesuai.