Tampal Gigi — Komposit atau Amalgam? Ramai Pesakit Keliru

Tampal Gigi — Komposit atau Amalgam? Ramai Pesakit Keliru

Bila doktor gigi kata “gigi awak perlu ditampal,” soalan seterusnya yang selalu keluar: “Nak guna bahan apa?”

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, doktor gigi kami — termasuk pengasas klinik, Dr. Sharifah Aminah yang berpengalaman lebih 32 tahun dalam pergigian — kerap ditanya tentang perbezaan antara tampalan komposit dan amalgam. Ramai pesakit datang dengan andaian yang berbeza: ada yang fikir amalgam lebih kuat, ada yang risau dengan kandungan merkuri, ada yang hanya nak tampalan yang tak nampak.

Artikel ini akan terangkan secara jujur — kelebihan, kelemahan, dan bila setiap jenis tampalan lebih sesuai. Tiada satu jawapan yang betul untuk semua orang, tapi selepas baca ini, anda akan lebih yakin untuk buat keputusan bersama doktor gigi anda.

Untuk penduduk Kuala Lumpur & sekitar Wangsa Maju, Setapak, Gombak: Klinik kami menawarkan pemeriksaan dan tampal gigi komposit dengan harga berpatutan. Tempah konsultasi sekarang.

Jenis-Jenis Tampalan Gigi yang Ada

Sebelum bandingkan komposit dan amalgam, penting untuk tahu ada beberapa jenis tampalan yang digunakan dalam pergigian moden:

Jenis Tampalan Bahan Kegunaan Utama
Composite (Komposit) Resin plastik + zarah kaca Gigi hadapan & belakang, estetik
Amalgam Campuran logam seperti perak, merkuri, timah dan tembaga Gigi geraham, kekuatan tinggi
Temporary Filling Bahan sementara lembut Rawatan sementara sebelum tampalan kekal
Glass Ionomer (GIC) Simen kaca-ionomer Gigi kanak-kanak, kawasan tekanan rendah
Fissure Sealant Resin nipis Pencegahan karies pada gigi geraham

Nota: Artikel ini fokus pada perbandingan komposit vs amalgam — dua pilihan paling biasa untuk tampalan kekal.

Perbandingan tampalan amalgam berwarna perak dan tampalan komposit sewarna gigi pada gigi geraham

Komposit (Composite Filling) — Apa Itu?

Tampalan komposit diperbuat daripada campuran resin plastik dan zarah kaca halus. Ia boleh dipadankan dengan warna gigi semula jadi anda, menjadikannya pilihan estetik yang popular.

Kelebihan Komposit:

  • Sewarna gigi — tidak kelihatan, sesuai untuk gigi hadapan dan mana-mana gigi yang nampak semasa senyum
  • Kurang gerudi — doktor gigi hanya perlu buang bahagian yang reput, tanpa perlu bentuk “slot” besar seperti untuk amalgam — lebih banyak struktur gigi semula jadi dikekalkan
  • Melekat terus pada gigi — bahan komposit bond secara kimia dengan gigi, memberi sokongan tambahan kepada struktur gigi
  • Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan — tampalan, bentuk semula gigi retak, tutup celah kecil antara gigi
  • Tiada kandungan merkuri

Kelemahan Komposit:

  • Harga lebih tinggi daripada amalgam
  • Tempoh prosedur lebih lama — bahan digunakan berlapis-lapis, setiap lapisan perlu disinari cahaya UV untuk keras
  • Boleh bertukar warna dari masa ke masa akibat kopi, teh, dan rokok
  • Jangka hayat sedikit lebih pendek berbanding amalgam untuk kaviti yang besar — biasanya 5–10 tahun

Amalgam (Silver Filling) — Apa Itu?

Tampalan amalgam ialah campuran beberapa logam — perak, merkuri, timah, dan tembaga. Ia telah digunakan dalam pergigian lebih 150 tahun dan dikenali kerana kekuatan dan ketahanannya.

Kelebihan Amalgam:

  • Sangat tahan lama — boleh bertahan 10–15 tahun atau lebih, terutama untuk gigi geraham yang menanggung tekanan kunyah yang besar
  • Proses lebih pantas — tidak perlu lapisan berganda atau penyinaran UV
  • Harga lebih rendah
  • Lebih tahan terhadap lembapan semasa prosedur — berguna untuk kaviti yang sukar dijaga kering

Kelemahan Amalgam:

  • Warna perak/gelap — sangat ketara, terutama pada gigi hadapan
  • Memerlukan lebih banyak gerudi — perlu bentuk “dovetail” atau ruang tertentu untuk tampalan kekal di tempat, bermakna lebih banyak struktur gigi sihat dibuang
  • Tidak bond secara kimia dengan gigi — bergantung kepada bentuk fizikal sahaja
  • Mengandungi merkuri — walaupun kajian menunjukkan ia selamat dalam bentuk yang telah diset, ia menjadi kebimbangan bagi sesetengah pesakit
  • Boleh retak gigi — amalgam mengembang dan mengecut mengikut suhu, tekanan berulang ini boleh menyebabkan gigi retak dari dalam seiring masa
Infografik kelebihan dan kelemahan tampalan komposit berbanding amalgam untuk panduan pesakit

Perbandingan Terus: Komposit vs Amalgam

Faktor Komposit Amalgam
Penampilan Sewarna gigi, tidak ketara Perak atau gelap, lebih ketara
Kekuatan Baik untuk kaviti kecil hingga sederhana Sangat kuat, sesuai untuk kaviti besar
Jangka hayat 5–10 tahun 10–15 tahun+
Jumlah gerudi Lebih sedikit, minimally invasive Lebih banyak struktur gigi mungkin perlu dibuang
Tempoh prosedur Lebih lama kerana dibuat secara berlapis Lebih pantas
Harga Lebih tinggi Lebih rendah
Kandungan merkuri Tiada Ada, dalam bentuk yang stabil
Sesuai untuk Semua gigi, terutama gigi yang nampak bila senyum Gigi geraham dan kaviti besar

Soal Merkuri dalam Amalgam — Perlu Risau ke?

Ini soalan yang kerap ditanya, dan wajar dijawab dengan jujur.

Amalgam mengandungi kira-kira 50% merkuri dalam komposisinya. Namun begitu, merkuri dalam amalgam gigi berbeza daripada merkuri organik (methylmercury) yang terdapat dalam ikan tercemar — yang terkenal berbahaya.

Dalam amalgam, merkuri bergabung secara kimia dengan logam lain dan menjadi stabil setelah set. Kajian berpuluh tahun dan badan kesihatan antarabangsa termasuk WHO menyatakan bahawa tahap pendedahan merkuri dari tampalan amalgam adalah di bawah tahap yang boleh menyebabkan bahaya kepada kebanyakan orang dewasa.

Walau bagaimanapun, ada kumpulan yang digalakkan elakkan atau minimumkan penggunaan amalgam:

  • Ibu mengandung
  • Kanak-kanak di bawah 6 tahun
  • Individu dengan masalah buah pinggang
  • Mereka yang ada sensitiviti atau alahan terhadap komponen amalgam

Jika anda termasuk dalam mana-mana kumpulan di atas, atau sekadar lebih selesa tanpa amalgam, komposit adalah pilihan yang sesuai. Bincang dengan doktor gigi kami untuk panduan yang lebih spesifik mengikut situasi anda.

Bila Pilih Komposit? Bila Pilih Amalgam?

Ini panduan praktikal berdasarkan situasi:

Pilih Komposit jika:

  • Gigi yang berlubang kelihatan semasa senyum atau bercakap (gigi hadapan, geraham kecil)
  • Kaviti saiz kecil hingga sederhana
  • Anda sensitif terhadap logam atau ada kebimbangan tentang merkuri
  • Anda utamakan penampilan semula jadi
  • Anda sanggup bayar sedikit lebih untuk estetik yang lebih baik

Pilih Amalgam jika:

  • Kaviti besar pada gigi geraham belakang
  • Anda ada bruxism (grinding gigi) yang teruk
  • Kos adalah keutamaan utama
  • Gigi yang ditampal tidak kelihatan dan anda tidak kisah tentang warna

Nota penting: Di banyak klinik moden termasuk KPSA, amalgam semakin jarang digunakan kerana kelebihan klinikal dan estetik komposit yang terus bertambah baik. Bagi kebanyakan kes hari ini, komposit adalah pilihan utama — kecuali ada sebab klinikal tertentu yang membuat amalgam lebih sesuai.

Harga Tampal Gigi di KPSA (2026)

Jenis Tampalan Harga
Composite Filling RM90 – RM250
Temporary Filling RM90
Fissure Sealant RM90 – RM120

Nota: Harga bergantung kepada saiz kaviti, bilangan permukaan yang terlibat, dan lokasi gigi. Doktor gigi akan maklumkan anggaran tepat selepas pemeriksaan.

Untuk kanak-kanak, harga berbeza — rujuk jadual harga kanak-kanak kami.

Proses tampal gigi komposit berlapis menggunakan lampu curing UV di klinik gigi Wangsa Maju KL

Proses Tampal Gigi Komposit — Apa Yang Berlaku?

Ramai pesakit ingin tahu apa yang akan berlaku semasa sesi tampal gigi. Untuk tampalan komposit, prosesnya biasanya seperti berikut:

1

Langkah 1 — Pemeriksaan & X-Ray Jika Perlu

Doktor gigi akan periksa tahap kerosakan gigi terlebih dahulu. Jika kaviti agak dalam atau hampir dengan saraf gigi, X-Ray mungkin diperlukan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

2

Langkah 2 — Anestetik Tempatan

Untuk kaviti yang dalam, suntikan anestetik tempatan boleh diberi supaya rawatan lebih selesa dan tidak menyakitkan. Bagi kaviti kecil, ada kes yang mungkin tidak memerlukan suntikan langsung.

3

Langkah 3 — Buang Bahagian Gigi yang Rosak

Doktor gigi akan membuang bahagian gigi yang reput atau terjejas sahaja menggunakan alat khas. Teknik minimally invasive diutamakan untuk mengekalkan sebanyak mungkin struktur gigi yang masih sihat.

4

Langkah 4 — Conditioning & Bonding

Permukaan dalam kaviti akan disediakan dengan bahan khas sebelum agen bonding diletakkan. Langkah ini penting untuk membantu komposit melekat dengan kuat pada struktur gigi.

5

Langkah 5 — Komposit Diisi Secara Berlapis

Bahan komposit akan dimasukkan sedikit demi sedikit secara berlapis. Setiap lapisan akan disinari dengan cahaya khas selama beberapa saat untuk mengeraskannya sebelum lapisan seterusnya diletakkan.

6

Langkah 6 — Bentuk, Semak Gigitan & Polish

Selepas tampalan siap, doktor gigi akan membentuknya mengikut kontur gigi semula jadi dan menggilap permukaan tampalan. Anda juga akan diminta menggigit untuk memastikan tampalan tidak mengganggu gigitan.

Tempoh rawatan: Biasanya sekitar 30–60 minit, bergantung kepada saiz kaviti, bilangan gigi yang perlu ditampal dan tahap kerosakan gigi.

Kenapa Pilih Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

Klinik Pergigian Sharifah Aminah cawangan LEXA Wangsa Maju
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Penjagaan gigi keluarga sejak 1994
  • Rawatan pergigian lengkap untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Cawangan di Wangsa Maju, Greenwood & Sunway Batu Caves
  • Kos rawatan diterangkan dengan jelas sebelum rawatan
  • Walk-in diterima untuk pemeriksaan dan kes kecemasan

Jadi, Mana Satu Yang Lebih Baik?

Untuk kebanyakan pesakit pada hari ini — komposit adalah pilihan yang lebih baik dari segi estetik, pendekatan minimally invasive, dan tiada kandungan merkuri.

Amalgam masih ada tempatnya untuk kes tertentu — kaviti besar pada gigi geraham, atau situasi di mana kos adalah kekangan utama.

Tapi keputusan terbaik tetap bergantung kepada keadaan gigi anda secara spesifik. Yang paling penting: jangan tangguh rawatan. Kaviti yang kecil hari ini boleh jadi masalah besar esok jika dibiarkan.

Untuk penduduk di sekitar Wangsa Maju, Setapak, Gombak, dan sekitar Kuala Lumpur, klinik kami sedia untuk periksa dan bincang pilihan terbaik bersama anda. Lihat semua cawangan kami untuk lokasi yang paling hampir.

Soalan Lazim (FAQ) — Tampal Gigi Komposit vs Amalgam

1. Boleh ke tukar tampalan amalgam lama kepada komposit?

Ya, boleh. Ramai pesakit memilih untuk tukar tampalan amalgam lama kepada komposit — sama ada kerana faktor estetik atau kebimbangan tentang merkuri. Prosedurnya melibatkan pembuangan tampalan lama dan diganti dengan komposit baharu. Namun, ia perlu dinilai kes demi kes. Jika tampalan amalgam lama masih dalam keadaan baik, doktor gigi mungkin akan sarankan untuk biarkan dahulu.

2. Adakah tampalan komposit tahan untuk gigi geraham?

Ya, komposit hari ini jauh lebih kuat berbanding versi awal beberapa dekad lalu. Ia sesuai untuk kebanyakan kaviti termasuk gigi geraham. Namun, untuk kaviti yang sangat besar atau kawasan yang menanggung tekanan kunyah yang tinggi, amalgam atau crown mungkin lebih sesuai bergantung kepada penilaian doktor gigi.

3. Berapa lama boleh makan selepas tampal gigi?

Untuk komposit, tampalan akan keras serta-merta selepas penyinaran cahaya khas. Anda biasanya boleh makan selepas kesan kebas hilang, sekitar 1 hingga 2 jam. Untuk amalgam pula, biasanya disarankan tunggu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum makan menggunakan bahagian gigi yang ditampal.

4. Tampalan komposit akan bertukar warna ke?

Komposit boleh mengalami sedikit perubahan warna dari masa ke masa, terutamanya jika kerap mengambil minuman seperti kopi, teh atau wain merah. Polish berkala semasa scaling boleh membantu mengekalkan kecerahan tampalan. Namun, perubahan warna biasanya minima jika kebersihan mulut dijaga dengan baik.

5. Adakah tampalan gigi sakit?

Prosedur tampal gigi biasanya tidak menyakitkan kerana anestetik tempatan boleh digunakan jika diperlukan. Selepas rawatan, anda mungkin rasa sedikit sensitif dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Ini biasanya normal dan akan beransur reda.