Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju di Residensi Lexa, Jalan 34/26
Klinik Gigi Wangsa Maju

Klinik Gigi di Wangsa Maju untuk Seisi Keluarga

Mencari klinik gigi di Wangsa Maju? Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju terletak di Residensi Lexa, Jalan 34/26, dan merawat seisi keluarga dari Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Taman Melati, Setiawangsa dan Taman Melawati.

Sejak 1994, kami menyediakan scaling, tampal gigi, cabut gigi, braces, gigi palsu dan rawatan kanak-kanak.

  • Buka 7 hariAhad separuh hari
  • Scaling RM120Tampal & cabut dari RM90
  • Walk-in diterimaTemujanji disyorkan
  • LRT Sri RampaiKira-kira 1 km

Harga Rawatan Gigi di Wangsa Maju

Ini harga mula bagi rawatan yang paling kerap ditanya di klinik gigi kami di Wangsa Maju. Harga yang sama dikenakan di ketiga-tiga cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

  • Pemeriksaan & konsultasi

    RM40 – RM50

    Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM30

    Pemeriksaan gigi dan nasihat rawatan oleh doktor gigi.

  • Scaling & cuci gigi

    RM120

    Karang tebal / nikotin: RM150 – RM250

    Kebanyakan pesakit yang datang setiap 6 bulan kekal pada harga asas.

  • Tampal gigi

    RM90 – RM250

    Tampalan komposit warna gigi

    Harga bergantung pada berapa permukaan gigi yang perlu dibaiki.

  • Cabut gigi

    RM90 – RM150

    Gigi bongsu (pembedahan): RM850 – RM1,200

    Tidak termasuk X-ray dan ubat. Kes pembedahan perlukan X-ray dahulu.

  • Gigi palsu

    DariRM450

    Set penuh akrilik: RM1,100 satu rahang

    Separa akrilik: RM450 + RM50 setiap gigi. Pilihan Valplast dan cobalt chrome juga ada.

  • Rawatan akar gigi

    RM800 – RM1,200

    Gigi depan RM800, geraham RM1,200

    Termasuk sehingga 3 X-ray kecil.

  • Braces

    DariRM5,000

    Clear aligner: dari RM8,000

    Termasuk lawatan pelarasan sepanjang rawatan. Bayaran ansuran boleh dibincang semasa konsultasi.

  • Crown (mahkota gigi)

    RM1,100 – RM2,000

    PFM RM1,100 · Zirconia RM1,800 · E-max RM2,000

    Doktor akan cadangkan jenis crown yang sesuai selepas pemeriksaan.

  • Implan gigi

    RM8,500 – RM10,000

    Seunit

    Imbasan CBCT diperlukan dahulu untuk semak tulang rahang.

  • Rawatan gigi kanak-kanak

    DariRM30

    Tampal RM80 – RM100, cabut RM50 – RM80

    Pemeriksaan, scaling ringan, tampalan dan cabut gigi susu.

  • X-ray gigi

    DariRM60

    Panoramik (OPG): RM150

    Diambil hanya bila masalah tidak dapat dilihat dari permukaan gigi.

  • Pemutihan gigi

    DariRM650

    Premium RM1,300 · Kit di rumah RM750

    Kami biasanya cadangkan scaling dahulu. Ia sahaja sering membuat perbezaan yang nampak.

  • Harga di atas ialah anggaran. Doktor akan sahkan harga sebenar selepas pemeriksaan dan sebelum rawatan bermula.
  • Ubat hanya dicaj jika anda memerlukannya.
  • Senarai penuh lebih 60 rawatan ada di halaman harga rawatan gigi.

Kenapa Pesakit Wangsa Maju Pilih Klinik Kami

Klinik kami di Residensi Lexa merawat keluarga dari Wangsa Maju, Sri Rampai dan Setapak sejak 1994.

Beroperasi sejak 1994

Buka 7 hari, termasuk Ahad separuh hari

Lebih 600 ulasan Google untuk cawangan Wangsa Maju

Rawatan untuk kanak-kanak hingga warga emas

Senarai harga penuh boleh disemak dalam talian

Kira-kira 1 km dari LRT Sri Rampai

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Ramai pesakit dari Sri Rampai dan Wangsa Maju memberikan maklum balas positif selepas mendapatkan rawatan di klinik kami.

Posted on Google Google
Ariqah Ismail profile picture
Ariqah Ismail
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor Mariam very friendly and give alots info regarding my dental. Also staff at counter mustafa is good.
Posted on Google Google
Hafiz Arifin profile picture
Hafiz Arifin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good place. Good doctor.
Posted on Google Google
sophea ketty profile picture
sophea ketty
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
sgt besttt gigi saya dh cantik❤️
Posted on Google Google
DANIA RIDZLON profile picture
DANIA RIDZLON
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time here, and as someone who’s always been afraid of the dentist, I’m so glad my first experience made me want to come back. Thank you Dr Maryam 🤍
Posted on Google Google
Rids Rash profile picture
Rids Rash
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik dengan doktor Sharifah.sangat recommend!
Posted on Google Google
Norhayati Yati profile picture
Norhayati Yati
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Firstime buat rawatan kat Klinik pergigian Sharifah Aminah... Dr sngt membantu pjuk anak untk buat tampalan.. Cuma cabutan je xbrjaya sebab anak xbrsedia... Tapi so far ok sgt2.. Klinik bersih dan wangi..inshaallah next rawatan kite brjmpa lagi
Posted on Google Google
Anis Amanda profile picture
Anis Amanda
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
servis dan layanan terbaik.. tq semua 👍

Cawangan Klinik Kami

Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur & Selangor memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.

Lobi Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

★★★★★
SH-2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor
Lobi Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)
Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

★★★★★
UG-11, Residensi LEXA, No. 45 Jalan 34/26,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Klinik Pergigian Sharifah Aminah Sunway Batu Caves
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

★★★★★
No. 27-G, Jalan SM2, Taman Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor

Soalan Lazim Klinik Gigi Wangsa Maju

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang harga, waktu operasi dan rawatan di klinik gigi kami di Wangsa Maju.

1. Rawatan apa yang ada di klinik gigi Wangsa Maju?
2. Adakah klinik gigi Wangsa Maju buka hari Ahad?

Ya. Klinik Wangsa Maju buka 7 hari seminggu: Isnin hingga Jumaat 10 pagi hingga 8 malam (dengan rehat tengah hari), Sabtu 10 pagi hingga 3 petang, dan Ahad separuh hari, 11 pagi hingga 4 petang.

3. Berapa harga scaling dan tampal gigi di Wangsa Maju?

Scaling asas ialah RM120. Untuk karang gigi sederhana RM150 hingga RM180, dan karang tebal atau kesan nikotin RM200 hingga RM250. Tampal gigi (komposit warna gigi) pula RM90 hingga RM250, bergantung pada berapa permukaan gigi yang perlu dibaiki. Lihat jadual harga di atas untuk rawatan lain.

4. Berapa harga gigi palsu di Wangsa Maju?

Gigi palsu separa akrilik bermula RM450, ditambah RM50 bagi setiap gigi. Set penuh akrilik ialah RM1,100 bagi satu rahang. Pilihan tanpa cangkuk besi seperti Valplast bermula RM1,200, dan cobalt chrome bermula RM1,500. Doktor akan cadangkan jenis yang sesuai selepas pemeriksaan. Baca lanjut tentang gigi palsu di Wangsa Maju.

5. Berapa lama tempoh untuk siapkan gigi palsu?

Biasanya beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung pada jenis gigi palsu dan bilangan lawatan untuk cetakan dan cubaan. Jika anda perlukannya dengan cepat, ada pilihan kes segera untuk gigi palsu akrilik: siap dalam 1 hingga 2 hari (caj tambahan RM200) atau 3 hingga 4 hari (RM150).

6. Berapa harga cabut gigi, dan adakah ia sakit?

Cabut gigi biasa ialah RM90 hingga RM150, manakala gigi bongsu yang perlukan pembedahan RM850 hingga RM1,200. Harga ini tidak termasuk X-ray dan ubat. Cabutan dibuat dengan bius tempatan untuk mengurangkan rasa sakit, dan cabutan biasa selalunya mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit.

7. Boleh bayar braces secara ansuran?

Boleh. Braces biasa bermula RM5,000 dan clear aligner bermula RM8,000, dan pelan bayaran ansuran boleh dibincang semasa konsultasi braces (RM50 hingga RM80). Yuran rawatan termasuk lawatan pelarasan sepanjang rawatan. Baca lanjut tentang braces di Wangsa Maju.

8. Perlu buat temujanji atau boleh walk-in?

Kami terima kedua-duanya. Namun, kami sarankan anda buat temujanji dahulu melalui WhatsApp supaya lebih mudah dapat slot yang sesuai dan kurang masa menunggu.

9. Bagaimana nak ke klinik, dan ada parking?

Klinik terletak di tingkat UG, Residensi Lexa, Jalan 34/26, kira-kira 1 km dari Stesen LRT Sri Rampai. Ia mudah dituju dari Sri Rampai, Setapak, Setiawangsa, Danau Kota dan Taman Melawati. Parking mudah didapati dan klinik boleh dinaiki lif. Untuk arah terus, buka Google Maps.