Harga Gigi Palsu di Kuala Lumpur 2026 – Anggaran & Pilihan Rawatan
Gigi palsu ialah alat pergigian yang digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang, sama ada satu, beberapa atau keseluruhan gigi. Ia penting untuk membantu mengunyah dengan baik, bercakap dengan jelas, serta mengekalkan bentuk wajah dan keyakinan diri.
Di Kuala Lumpur seperti di Wangsa Maju, Sri Rampai, Batu Caves, harga gigi palsu biasanya bermula sekitar RM450 dan boleh mencecah RM5,000 atau lebih, bergantung kepada jenis bahan gigi palsu tersebut, bilangan gigi dan keadaan mulut pesakit.
Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, rawatan gigi palsu disediakan mengikut keperluan individu — dari kes ringan hingga kehilangan gigi penuh — dengan pilihan bahan yang berbeza untuk keselesaan dan ketahanan jangka panjang.
Berapa Harga Gigi Palsu di Kuala Lumpur?
| Jenis gigi palsu | Harga gigi palsu |
|---|---|
| Gigi palsu separa |
1. Akrilik
– Tapak + 1 gigi: RM450
– RM50 untuk setiap tambahan gigi
2. Fleksibel
– Valplast / Thermosen (base + 1 gigi): RM1200
– Gigi tambahan: RM150
3. Kobalt Chrome
– Base sahaja, gigi akrilik: RM1500
|
| Gigi palsu penuh |
1. Akrilik
– Satu rahang: RM1100
– Dua rahang: RM2200
2. Fleksibel
– Satu rahang: RM1500
– Dua rahang: RM3000
|
Harga di atas ialah anggaran semasa di klinik swasta dan boleh berubah mengikut keadaan gigi, bilangan gigi yang diganti dan keperluan rawatan setiap pesakit.
Faktor Yang Mempengaruhi Harga Gigi Palsu
Harga gigi palsu boleh berbeza kerana:
- Jenis bahan (akrilik vs fleksibel vs cobalt chrome)
- Bilangan gigi yang perlu diganti
- Tahap kesukaran kes
- Ketepatan fitting & keselesaan
👉 Sebab itu, harga sebenar hanya boleh ditentukan selepas pemeriksaan klinikal.
Jenis Gigi Palsu Yang Disediakan
Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, ada banyak pilihan jenis-jenis gigi palsu:
- Gigi palsu akrilik
- Gigi palsu fleksibel
- Gigi palsu cobalt chrome
- Gigi palsu penuh (full denture)
- Gigi palsu separa
👉 Doktor akan membantu memilih jenis yang paling sesuai berdasarkan keadaan gigi dan bajet pesakit.
👉 Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis gigi palsu
Pilihan Terbaik untuk Gantikan Gigi: Gigi Palsu atau Implant?
Masih keliru sama ada gigi palsu atau implan lebih sesuai untuk anda?
Setiap pilihan mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada keadaan gigi, bajet dan tahap keselesaan yang diinginkan.
Dalam video ini, kami terangkan perbezaan utama antara kedua-dua rawatan supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat dan yakin.
Video penerangan pilihan rawatan gigi palsu di Kuala Lumpur oleh Klinik Pergigian Sharifah Aminah.
Statistik & Anggaran Harga Gigi Palsu di Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, permintaan terhadap rawatan gigi palsu semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan dewasa dan warga emas. Dianggarkan sekitar 20%–30% individu berumur 60 tahun ke atas mengalami kehilangan gigi, manakala sehingga 70% orang dewasa pernah mengalami masalah gusi pada tahap tertentu.
Malah, menurut Kajian Kesihatan Mulut Kebangsaan Malaysia (NHMS 2023), hampir 30% warga emas berumur 60 tahun ke atas kehilangan semua gigi mereka dan memerlukan rawatan seperti gigi palsu.
Dari segi kos, harga gigi palsu di klinik swasta biasanya berada dalam julat RM450 hingga RM2,500 atau lebih, bergantung kepada jenis bahan dan tahap rawatan.
“Setiap pesakit mempunyai struktur mulut yang berbeza, jadi pemilihan gigi palsu tidak boleh berdasarkan harga sahaja. Keselesaan dan ketepatan fitting adalah faktor paling penting untuk jangka panjang.”
Dr Sharifah Aminah
Pesakit yang mencari rawatan gigi palsu di Kuala Lumpur biasanya datang dari kawasan seperti Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Gombak, Batu Caves, Greenwood, Taman Melati, Sri Gombak dan Danau Kota.
Untuk memudahkan rujukan, anda boleh melihat pilihan rawatan gigi palsu mengikut lokasi seperti di Wangsa Maju, Sri Rampai dan Batu Caves, bergantung kepada kawasan yang paling dekat dengan anda.
Perkara Penting Sebelum Buat Gigi Palsu
- Pemeriksaan gusi & tulang diperlukan
- Mungkin perlu adjustment selepas pemasangan
- Tidak semua jenis sesuai untuk semua pesakit
Kesimpulan: Klinik Mana Lebih Sesuai Untuk Gigi Palsu?
Jika anda mencari rawatan dengan kos lebih rendah, klinik kerajaan mungkin menjadi pilihan. Namun, bagi pesakit yang mengutamakan keselesaan, ketepatan fitting, pilihan bahan yang lebih berkualiti serta tempoh rawatan yang lebih cepat, klinik swasta biasanya lebih sesuai.
Yang paling penting, setiap rawatan gigi palsu perlu disesuaikan dengan keadaan gigi dan gusi pesakit untuk memastikan hasil yang selesa dan tahan lama.
Rawatan Gigi Palsu di Klinik Pergigian Sharifah Aminah
- 🦷 Pilihan acrylic, Valplast fleksibel & cobalt chrome mengikut keperluan dan bajet. Lihat jenis gigi palsu dan harga
- 🔍 Pemeriksaan dahulu sebelum doktor cadangkan jenis yang sesuai, sama ada satu gigi atau set penuh
- 👩⚕️ Diasaskan oleh Dr. Sharifah Aminah — pengalaman sejak 1994
- 📍 Tiga cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor: Wangsa Maju, Greenwood & Sunway Batu Caves
FAQ Harga Gigi Palsu di Kuala Lumpur
1. Berapa harga gigi palsu di Kuala Lumpur?
Harga gigi palsu di Klinik Pergigian Sharifah Aminah bermula dari RM450. Harga akhir bergantung kepada jenis bahan (acrylic, Valplast atau cobalt chrome), bilangan gigi yang diganti dan keadaan mulut. Senarai penuh ada di halaman harga rawatan.
2. Gigi palsu mana yang paling sesuai untuk saya?
Ia bergantung kepada bilangan gigi yang hilang, keadaan gusi, bajet dan keselesaan yang anda mahu. Acrylic lebih jimat, Valplast lebih fleksibel dan cobalt chrome lebih nipis. Doktor akan cadangkan pilihan selepas pemeriksaan. Baca jenis-jenis gigi palsu untuk perbandingan.
3. Boleh ganti satu gigi sahaja?
Boleh. Pilihannya ialah gigi palsu separa (denture), bridge atau implan, bergantung kepada gigi di sebelah ruang kosong dan tulang rahang. Lihat gigi palsu sebatang: pilihan, harga dan beza.
4. Berapa lama proses buat gigi palsu?
Biasanya sekitar 1 hingga 3 minggu, bergantung kepada jenis denture dan bilangan sesi yang diperlukan, seperti ambil ukuran dan cuba pakai.
5. Adakah gigi palsu selesa dipakai setiap hari?
Pada peringkat awal, anda mungkin perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Dengan fitting yang betul, gigi palsu biasanya selesa untuk makan dan bercakap. Jika terasa sakit atau longgar, ia boleh dilaraskan. Rujuk panduan pertama kali pakai gigi palsu.
6. Berapa lama gigi palsu boleh tahan?
Secara umum 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada penjagaan, penggunaan harian dan perubahan pada gusi. Gusi yang mengecut dari masa ke masa boleh buat gigi palsu longgar dan perlu dilaraskan.
7. Gigi palsu longgar atau patah boleh dibaiki?
Selalunya boleh. Repair dan tambah satu gigi acrylic RM200, Valplast RM250. Reline RM550 sepelat. Doktor akan nilai sama ada perlu repair, reline atau buat baru. Lihat kos repair, reline dan buat baru.