Braces Kuala Lumpur

Braces Kuala Lumpur - rawatan pendakap gigi di Klinik Pergigian Sharifah Aminah untuk pesakit sekitar Wangsa Maju, Setapak, Gombak dan Batu Caves

Rawatan Braces & Clear Aligner di Kuala Lumpur

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, rawatan braces (pendakap gigi) dan clear aligner dikendalikan oleh doktor gigi berpengalaman lebih 32 tahun di tiga cawangan kami: Wangsa Maju (LEXA), Greenwood dan Sunway Batu Caves.

Mudah dikunjungi oleh pesakit dari Wangsa Maju, Sri Rampai, Setapak, Gombak dan Batu Caves, serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.

  • Lebih 4,000 rawatan braces berjaya dibuat
  • Metal braces dari RM5,000, clear aligner dari RM8,000
  • Bayaran bulanan RM150 – RM200, tanpa faedah
  • Cawangan Wangsa Maju buka hari Ahad (separuh hari)

Masalah Yang Boleh Dirawat Dengan Braces

Braces membantu membetulkan susunan gigi dan gigitan, sekaligus menyokong kesihatan mulut jangka panjang.

Keadaan / masalah gigi

  • Gigi berlapis / berterabur
  • Gigi jarang atau tidak sekata
  • Overbite / underbite
  • Crossbite
  • Gigi senget yang menyukarkan pembersihan
  • Masalah rahang ringan ke sederhana

Manfaat braces

  • Membantu gigi lebih mudah dibersihkan
  • Mengurangkan risiko gigi berlubang & penyakit gusi
  • Memperbaiki fungsi mengunyah & percakapan
  • Meningkatkan keyakinan diri
Nota: Kes sesuai untuk braces akan dinilai semasa konsultasi & pemeriksaan doktor.

Jenis Braces & Clear Aligners Yang Kami Sediakan

conventional braces 2 e1767208844256

Conventional Metal Braces

Braces (pendakap gigi) besi ialah rawatan ortodontik yang berkesan untuk meluruskan gigi dan membetulkan masalah gigitan. Ia sesuai untuk kes ringan hingga kompleks serta menjadi pilihan popular kerana ketahanannya dan kos yang lebih berpatutan.

AdobeStock 188272287

Clear Aligners

Clear aligners ialah braces (pendakap gigi) lutsinar yang hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan. Ia sesuai untuk pesakit yang mahukan rawatan lebih estetik, selesa dan mudah dibersihkan dalam kehidupan harian.

Harga Braces & Clear Aligner di Kuala Lumpur

Bayaran bulanan dibuat terus dengan klinik, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga. Harga yang sama di ketiga-tiga cawangan.

Clear Aligner (Invisible)
Bermula dari RM 8,000

Harga bergantung kepada:

  • Jenis braces (metal braces atau clear aligner)
  • Tahap kesukaran kes (susunan gigi & gigitan)
  • Tempoh rawatan (biasanya 1.5 – 2.5 tahun, ikut respon pergerakan gigi)
  • Rahang yang dirawat (atas, bawah, atau kedua-duanya)

Konsultasi awal diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan. Doktor akan beri sebut harga penuh sebelum rawatan bermula.

Pakej Rawatan Braces

Sesi Konsultasi RM50 – RM80
Pemasangan Braces (Atas) RM700 – RM800
Pemasangan Braces (Bawah) RM700 – RM800
Bayaran Bulanan RM150 – RM200

Kos berasingan (jika perlu)

  • X-ray Lateral CephalometryRM150
  • Study ModelRM150
  • Retainer (Essix / Hawley)RM400 – RM800
  • Fixed Retainer (setiap satu)RM100 – RM150

Rawatan awal seperti scaling, tampalan atau cabutan dicaj berasingan. Lihat senarai harga penuh.

Hasil Sebelum & Selepas Rawatan Braces

Kes sebenar pesakit dari Kuala Lumpur

Hasil sebelum dan selepas rawatan Braces (Pendakap Gigi) di Kuala Lumpur oleh KPSA
Hasil sebelum dan selepas rawatan Braces (Pendakap Gigi) di Kuala Lumpur oleh KPSA
Hasil sebelum dan selepas rawatan Braces (Pendakap Gigi) di Kuala Lumpur oleh KPSA
🦷

Klinik Pergigian Sharifah Aminah berpengalaman mengendalikan lebih 4,000 rawatan braces (pendakap gigi) untuk pelbagai jenis kes.

Review Sebenar Daripada Pesakit Braces Dari Kuala Lumpur

Tonton ulasan sebenar daripada pesakit yang pernah mendapatkan rawatan braces di Klinik Pergigian Sharifah Aminah.

Proses Pasang Braces di Kuala Lumpur

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, rawatan braces dilakukan secara berperingkat untuk memastikan pergerakan gigi selamat, terkawal dan konsisten.

1

Konsultasi & pemeriksaan gigi

Doktor akan menilai susunan gigi, gigitan dan keperluan rawatan berdasarkan keadaan semasa.

2

X-ray & rekod gigi (jika perlu)

Untuk melihat struktur akar gigi & tulang, serta membantu perancangan rawatan yang lebih tepat.

3

Rawatan awal

Scaling, tampalan, atau cabut gigi mungkin diperlukan bagi memastikan gusi & gigi sihat sebelum braces.

Scaling Tampalan Cabut gigi (jika perlu)
4

Pemasangan braces

Bracket & wire dipasang mengikut pelan rawatan. Doktor akan terangkan penjagaan dan apa yang dijangka selepas pemasangan.

5

Lawatan adjustment berkala

Biasanya setiap 4–6 minggu untuk melaras wire/elastic dan memantau pergerakan gigi.

6

Penanggalan braces & retainer

Selepas gigi stabil pada posisi yang diingini, braces dibuka dan retainer digunakan untuk mengekalkan hasil rawatan.

Apa Kata Mereka Tentang Kami

Posted on Google Google
Ariqah Ismail profile picture
Ariqah Ismail
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor Mariam very friendly and give alots info regarding my dental. Also staff at counter mustafa is good.
Posted on Google Google
Hafiz Arifin profile picture
Hafiz Arifin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good place. Good doctor.
Posted on Google Google
sophea ketty profile picture
sophea ketty
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
sgt besttt gigi saya dh cantik❤️
Posted on Google Google
DANIA RIDZLON profile picture
DANIA RIDZLON
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time here, and as someone who’s always been afraid of the dentist, I’m so glad my first experience made me want to come back. Thank you Dr Maryam 🤍
Posted on Google Google
Rids Rash profile picture
Rids Rash
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik dengan doktor Sharifah.sangat recommend!
Posted on Google Google
Norhayati Yati profile picture
Norhayati Yati
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Firstime buat rawatan kat Klinik pergigian Sharifah Aminah... Dr sngt membantu pjuk anak untk buat tampalan.. Cuma cabutan je xbrjaya sebab anak xbrsedia... Tapi so far ok sgt2.. Klinik bersih dan wangi..inshaallah next rawatan kite brjmpa lagi
Posted on Google Google
Anis Amanda profile picture
Anis Amanda
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
servis dan layanan terbaik.. tq semua 👍
32
Years Of Experience
Dr Kadir KPSA
Dr Fasihah KPSA
KENAPA PILIH KAMI

Klinik Pergigian Sharifah Aminah

Kami telah menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang dipercayai selama lebih 32 tahun, dengan rawatan berkualiti tinggi yang menitikberatkan keselesaan pesakit serta kesihatan mulut jangka panjang. Lebih 4,000 rawatan braces telah berjaya kami buat.

  • Teknologi Pergigian Terkini
  • Persekitaran Klinik Moden
  • Pelbagai Jenis Rawatan
  • Pendidikan & Kesedaran Pesakit

DSC09986 scaled e1769751331124
Dr Sharifah Aminah
Director and Company CEO

Cawangan Klinik Kami

Ketiga-tiga cawangan kami terletak secara strategik di sekitar Kuala Lumpur & Selangor memudahkan pesakit mencari klinik gigi berdekatan dengan akses yang mudah.

Greenwood
Greenwood

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Greenwood)

★★★★★
SH-2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor
LEXA
Wangsa Maju

Klinik Pergigian Sharifah Aminah Wangsa Maju (LEXA)

★★★★★
UG-11 Residensi Lexa,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
SBC
SBC

Klinik Pergigian Sharifah Aminah (Sunway Batu Caves)

★★★★★
No.27-G Jalan SM2,
Sunway Batu Caves, Selangor

Merawat Pesakit Dari Kuala Lumpur & Kawasan Sekitarnya

Soalan Lazim Braces & Clear Aligner di Kuala Lumpur

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya oleh pesakit dari Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Batu Caves dan sekitar Kuala Lumpur sebelum memulakan rawatan braces.

1. Berapa harga braces di Kuala Lumpur?

Di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, metal braces bermula dari RM5,000 dan clear aligner bermula dari RM8,000. Harga yang sama dikenakan di ketiga-tiga cawangan kami.

Harga akhir bergantung kepada jenis braces, tahap kesukaran kes dan tempoh rawatan. Doktor akan beri sebut harga penuh selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Senarai harga lengkap ada di halaman harga rawatan gigi.

2. Boleh bayar braces secara ansuran?

Boleh. Struktur bayaran braces di klinik kami:

  • Sesi konsultasi: RM50 – RM80
  • Pemasangan braces atas: RM700 – RM800
  • Pemasangan braces bawah: RM700 – RM800
  • Bayaran bulanan: RM150 – RM200, dibayar semasa lawatan adjustment

Bayaran dibuat terus dengan klinik, tanpa faedah dan tanpa syarikat pembiayaan pihak ketiga.

3. Adakah harga braces termasuk X-ray dan retainer?

Lawatan adjustment sepanjang rawatan sudah termasuk dalam harga braces. Kos berikut dicaj berasingan, hanya jika diperlukan:

  • X-ray lateral cephalometry (untuk perancangan braces): RM150
  • Study model: RM150
  • Retainer Essix (lutsinar, boleh ditanggalkan): RM400 – RM800
  • Retainer Hawley: RM600 – RM700
  • Fixed retainer: RM100 – RM150 setiap satu

Rawatan awal seperti scaling, tampalan atau cabut gigi juga dicaj berasingan jika perlu dibuat sebelum braces dipasang.

4. Berapa lama tempoh rawatan braces?

Kebanyakan rawatan braces mengambil masa 1.5 hingga 2.5 tahun, bergantung kepada susunan gigi, masalah gigitan dan kerjasama pesakit. Lawatan adjustment biasanya setiap 4 hingga 6 minggu untuk melaras wire dan memantau pergerakan gigi.

5. Adakah pasang braces sakit?

Kebanyakan pesakit hanya rasa ketat atau kurang selesa selama 1 hingga 3 hari selepas pemasangan atau selepas adjustment. Rasa ini normal dan akan berkurang dengan sendirinya. Makanan lembut membantu dalam beberapa hari pertama.

6. Siapa yang sesuai buat braces?

Braces sesuai untuk kanak-kanak (biasanya sekitar umur 10 hingga 14 tahun), remaja dan dewasa. Tiada had umur untuk dewasa selagi gusi dan tulang yang menyokong gigi berada dalam keadaan sihat. Kesesuaian akan dinilai semasa konsultasi.

7. Metal braces atau clear aligner, mana lebih sesuai?

Metal braces lebih kukuh, sesuai untuk kes ringan hingga kompleks dan lebih menjimatkan kos. Clear aligner hampir tidak kelihatan dan boleh ditanggalkan, tetapi lebih sesuai untuk kes ringan hingga sederhana dan perlu dipakai dengan disiplin setiap hari.

Doktor akan cadangkan pilihan yang paling sesuai selepas menilai gigi dan gigitan anda.

8. Kenapa perlu pakai retainer selepas buka braces?

Selepas braces dibuka, gigi cenderung bergerak semula ke kedudukan asal jika tidak ditahan. Retainer mengekalkan hasil rawatan. Doktor akan terangkan pilihan retainer yang sesuai dan berapa lama ia perlu dipakai.

9. Apa bahaya fake braces?

Fake braces yang dipasang di luar klinik pergigian berlesen tidak melibatkan pemeriksaan atau X-ray, dan boleh merosakkan enamel, gusi dan akar gigi. Rawatan braces hanya boleh dibuat oleh doktor gigi berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Jika anda sudah memakai fake braces, kami boleh tanggalkannya dengan selamat. Kos debond fake braces ialah RM250 bagi setiap rahang.

10. Siapa doktor yang mengendalikan rawatan braces?

Kebanyakan rawatan braces di klinik kami dikendalikan oleh Dr Sharifah Aminah, pengasas klinik dengan pengalaman lebih 32 tahun, dan Dr Syed Abdul Kadir Al-Haddad. Doktor gigi lain di klinik kami juga mengendalikan kes braces.

Semua doktor kami berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Kenali pasukan kami di halaman doktor gigi kami.

11. Di mana cawangan Klinik Pergigian Sharifah Aminah?

Rawatan braces disediakan di ketiga-tiga cawangan kami. Pilih cawangan yang paling dekat dengan rumah atau tempat kerja supaya mudah hadir lawatan adjustment setiap 4 hingga 6 minggu:

  • Wangsa Maju (LEXA): UG-11, Residensi LEXA, No. 45 Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Buka hari Ahad (separuh hari).
  • Greenwood: SH-2, Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor
  • Sunway Batu Caves: No. 27-G, Jalan SM2, Taman Sunway Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor